Puak Mesir

  • Thread ini didedikasikan untuk ketibaan puak Mesir yang akan muncul untuk acara tahunan istimewa. Konsep seni ini menunjukkan beberapa senjata jarak dekat yang digunakan oleh infantri Mesir. Khopesh (gambar 3) adalah salah satu dari senjata yang istimewa.




  • Kereta perang adalah bahagian penting dari tentera Mesir dan menyediakan kelajuan dan daya bergerak yang diperlukan dalam peperangan



  • Kejayaan kejuruteraan mereka membantu orang Mesir membina katapults dan keledai kuat untuk mengembangkan wilayah mereka



  • Statistik askar Puak Mesir
    Ekonomi yang kukuh dan organisasi yang cekap puak Mesir menyebabkan pengeluaran unit yang agak murah, terutamanya untuk unit asas. Sebaliknya, sesetengah askar memakan belanja yang besar, tetapi mereka berpotensi menjadi kuasa yang harus dibimbangkan. Selain itu, dengan semua sumber mereka, yang puak Mesir boleh hasilkan dengan pantas, harga latihannya mungkin tidak menjadi masalah! Sila lihat gambaran keseluruhan askar puak Mesir untuk mengetahui unit mana yang menjadi pilihan anda:





    • Orang Mesir, sebagai pembina yang hebat, menumpukan pada pendekatan ekonomi terhadap banyak perkara. Bangunan istimewa mereka dipanggil Waterworks. Ia akan meningkatkan bonus oasis, yang disambungkan ke kampung, di mana Waterworks dibina.

    Sekiranya anda mempertimbangkan untuk memanfaatkan kelebihan ini, perlu diingatkan bahawa anda perlu membina rumah besar Hero anda sehingga tahap 10 dan anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu oasis yang disambungkan ke kampung. Pada tahap 1, Waterworks akan menelan kos sebanyak 650 Kayu, 670 Tanah liat, 650 Besi dan 240 Tanaman tetapi kos tersebut akan berkembang dengan mantap.



    Tahap Kayu Tanah Liat Besi Tanaman
    1 650 670 650 240
    2 830 860 830 305
    3 1.065 1.100 1.065 395
    4 1.365 1.405 1.365 505
    5 1.745 1.800 1.745 645
    6 2.235 2.300 2.235 825
    7 2.860 2.945 2.860 1.055
    8 3.660 3.770 3.660 1.350
    9 4.685 4.830 4.685 1.730
    10 5.995 6.180 5.995 2.215
    11 7.675 7.910 7.675 2.835
    12 9.825 10.125 9.825 3.625
    13 12.575 12.960 12.575 4.640
    14 16.095 16.590 16.095 5.940
    15 20.600 21.235 20.600 7.605
    16 26.365 27.180 26.365 9.735
    17 33.750 34.790 33.750 12.460
    18 43.200 44.530 43.200 15.950
    19 55.295 56.995 55.295 20.415
    20 70.780 72.955 70.780 26.135


  • Dinding Batu Mesir mempunyai ketahanan Tembok Tanah Teuton dan memberikan bonus serupa dengan palisade Gaul.



    Ciri-ciri lain


    • Askar unit asas yang murah dan cepat dilatih
    • Unit pertahanan yang bagus
    • Dinding batu yang sukar untuk dipecahkan
    • Kelemahan serangan
    • Pedagang boleh membawa 750 sumber (kelajuan 16 lapangan/sejam)
    • Produksi sumber Wira dua kali ganda
    • Bangunan tambahan: Waterworks, meningkatkan bonus oasis
    • Nomarch merendahkan kesetiaan kampung musuh pada kadar 20-25 %