Peraduan - Pertempuran Bola Salji

  • Pemain yang dikasihi!



    Tahun baru kian menjelma dan kami ingin meraikannya bersama anda dengan pertandingan tradisi bebola salji kami!





    Isikan tarbil anda dengan bebola salji dan marilah bermain bola salji! Adakah ada yang bertuah yang akan mendapat hadiah istimewa - sebuah peti dengan 300 emas?



    Bagaimana caranya:



    Berikut adalah papan yang kelihatan seperti yang kita gunakan untuk catur. Kami menyembunyikan beberapa hadiah di bawah beberapa lapangan. Mereka adalah:



    • 3 tambahan pengembaraan
    • 3 Ganjaran Harian untuk 100 mata
    • 2 peti dengan 30 Emas
    • 1 peti dengan 100 Emas
    • 1 peti dengan 300 Emas (hadiah istimewa)



    Apa yang perlu anda lakukan ialah hanya memilih SATU lapangan secara rawak dan hantar jawapan anda dalam thread ini (contohnya F3) sehingga 22 Disember 9.00 p.m GMT+8.
    Kemudian kami akan mendedahkan pemenangnya. Hadiahnya akan dimasukkan ke akaun anda beberapa hari selepas itu.



    Untuk makluman:



    1) Anda boleh menghantar hanya SATU mesej dengan SATU koordinat. Mesej lain akan dipadamkan.
    2) Malangnya, kami tidak dapat memberikan hadiah di Kejohanan Akhir untuk memastikan pelayan ini bersikap adil. Tetapi anda boleh mendapatkan hadiah di mana-mana pelayan di domain lain dimana anda mengambil bahagian dalam peraduan ini.
    3) Permainan berakhir pada jam 13:00 UTC 23 Disember 2017. Selepas itu kami akan menyiarkan paparan terbuka dan mengumumkan pemenang. Kami mungkin memerlukan sedikit masa untuk memeriksa semua jawapan anda, jadi ini akan mengambil sedikit masa, tetapi kami akan melakukan yang terbaik untuk mengumumkannya secepat mungkin.
    4) Hadiah utama (300 emas) boleh dimenangi sekali sahaja - pemain pertama yang akan menghantar di sini koordinat yang betul akan mendapatkan hadiah ke akaun mereka. Semua hadiah lain boleh dimenangi beberapa kali oleh pemain yang berbeza, jika mereka memilih koordinat kemenangan yang sama.
    5) 100 mata ganjaran harian tidak boleh diberikan pada pelayan yang berlangsung kurang dari 10 hari. Anda perlu menunggu untuk hadiah anda sedikit lebih lama atau boleh menukarnya untuk 30 emas yang akan diberikan segera.
    6) Jangan lupa untuk menambah nama anda dan dunia permainan anda! Sekiranya anda tidak mempunyai akaun pada mana-mana dunia permainan lagi, tetapi anda merancang untuk memulakannya dalam masa terdekat, anda masih boleh mengambil bahagian dengan nota - "tidak bermain lagi". Hadiah anda akan menunggu anda sehingga 31hb Januari 2018!



    Kami mengucapkan Selamat Tahun Baru!



    Pasukan Travian: Legends Anda