Peraduan - Anugerah 2017!!!

  • Pemain yang dikasihi!


    Tahun 2017 dipenuhi dengan acara-acara yang menarik dan pencapaian yang hebat bagi permainan kita. Kami pasti ramai pemain juga telah mendapat pencapaian peribadi yang baik pada tahun 2017. Dan hari ini, kami ingin menjemput anda untuk menunjukkan pencapaian anda itu dengan menyertai pertandingan ini!


    Pemain-pemain akan diberikan ganjaran di dalam kategori ini:


    Legenda 2017 – Di sini adalah pencalonan pemain-pemain yang telah mendapat pencapaian yang mengagumkan di dalam taktik bangunan / serangan / pertahanan / koordinasi mereka. Mengalahkan paling ramai musuh, membina tentera yang terbesar atau membina empayar terhebat. Ini juga mungkin merupakan ketua atau penyelaras yang paling berjaya. Pencalonan kategori ini boleh dibuat disini.


    Persekutuan Terbaik 2017 – Poskan disini mengapa persekutuan anda adalah yang terbaik pada tahun 2017 dan dapatkan peluang untuk memenangi hadiah! Pencalonan kategori ini boleh dibuat disini.


    Penonjolan 2017 – Ini adalah kategori yang paling meluas. Apa-apa sahaja yang membuatkan seorang pemain itu menonjol di kalangan pemain yang lain, tanpa mengira jenis pencapaian tersebut. Anda mengenali seseorang yang menulis analisis pelayan yang terbaik, yang pelantaknya terbunuh di oasis, yang paling banyak membuat pos di forum atau yang melakar muka yang kelakar pada peta menggunakan kampung-kampung mereka? Inilah kategori untuk mereka! Pencalonan kategori ini boleh dibuat disini.


    Pertandingan ini akan diadakan dalam 2 peringkat:


    Peringkat pertama:


    Kami akan membuka satu tajuk baru bagi setiap kategori di mana anda boleh mencalonkan diri anda sendiri atau mana-mana pemain lain dengan menjawab di dalam forum tersebut dengan nama dan keterangan/pautan pencapaian tersebut.
    Contohnya:


    KATEGORI: Legenda 2017
    PEMAIN: XXX (nama forum YYY)


    MENGAPA: Pada [server] pemain ini telah melatih 1 juta Falanks dan berjaya mempertahankan WW dengan mereka. Bukti: [optional]


    Pencalonan akan diterima sehingga 22 Januari 2018, 8:00 malam GMT+8


    Peringkat ke-2:


    Pada 22 Januari 2018 jam 8:00 malam GMT+8, kami akan membuka undian di kesemua forum (Sekiranya terdapat lebih daripada seorang calon) dan anda boleh mengundi sesiapa sahaja yang anda mahu. Pemenang bagi setiap kategori akan mendapat baucar bernilai 100 Emas dan imej pencapaian istimewa yang akan dipaparkan pada profil forum mereka.


    Penting:

    • Sekiranya seorang pemain layak untuk beberapa kategori, mereka boleh dicalonkan di dalam kategori-kategori tersebut tetapi mereka hanya akan mendapat satu ganjaran sahaja. Jika, menurut keputusan undian, pemain tersebut tetap menang di dalam beberapa kategori, dia boleh memilih ganjaran mana yang dia mahu.
    • Pemenangnya adalah pemain yang pencapaiannya telah dicalonkan. Pengecualian: Pengenalan perikatan yang terbaik - di sini, penulis pengenalan tersebut akan mendapat ganjaran.
    • Undian akan ditutup pada 25 Januari 2018 jam 8:00 malam GMT+8.

    The post was edited 2 times, last by Iman ().