Hari 2 - Kekalutan Kematian



  • “Jadi, saya berjanji untuk menceritakan kisah talipinggang ini," Nefertari mula bercerita sejurus selepas mereka berempat berjaya melepasi perangkap pertama dan dalam perjalanan ke perangkap seterusnya. "Kami tidak tahu siapa yang menciptanya. Sesetengah dari kami percaya yang Nefertum, dewa penyembuh, memberikannya kepada Firaun pertama Mesir, dan mengukirnya dalam perjalanan ke tempat suci beliau. Clasp digunakan untuk membuka kunci labirin dan kembali dengan selamat. Malangnya, harta karun ini dicuri dari kuil kami berabad-abad yang lalu, tapi rahib kami tidak pernah putus harapan untuk menemuinya semula. Sepanjang tempoh ini, ramai rahib dan pendita Sopdu secara diam-diam masuk ke tanah anda untuk mencari artifak yang hilang ini, termasuk nenek saya, yang mengembara di sepanjang jalan-jalan Rom dengan menyamar sebagai gipsi hampir sepanjang hidupnya. Semua itu sia-sia, sehingga akhirnya perubahan dalam diplomasi Empayar menggalakkan rakan anda untuk merancang pengembaraan ini. Dia berkongsi rahsia dengan beberapa penyelidik dan itulah cara nenek saya dijejaki. Itulah ceritanya."


    "Ianya sangat menarik dan menyentuh perasaan," Lucius bergumam, kelihatan sedikit gusar dengan kelajuan perubahan acara. Beliau mendengar cerita Nefertari dengan penuh perhatian."Tapi adakah ianya perlu untuk menangkap saya, menahan saya sebagai tahanan dan mencuri talipinggang? Mengapa tidak bertanya sahaja?"


    "Jadi, kami boleh datang kepada kamu, dan selepas mendengar cerita ini, kamu terus akan memberikan nenek saya tali pinggang Firaun, 'yang terbesar dari khazanah lama' dan itu pengakhirannya?" Nefertari tersenyum."Ayuh, kita hampir sampai ke tempat manuskrip yang dipanggil Labirin Kematian dan sekarang, seperti yang saya janjikan, saya akan memberitahu kamu di mana tali pinggang itu."


    "Ya, itulah rahsia sebenar," jawab Mark, yang secara perlahan mula memperolehi semangat pengembaraannya seperti biasa. "Talipinggang itu berada bersama kamu sepanjang tempoh ini bukan?"


    "Sudah tentu," balas Nefertari sambil mengeluarkan talipinggang yang kelihatan biasa dari begnya.


    Mark mengeluh semula.

    Tugasan: Talipinggang tersebut mempunyai kod, yang apabila ditafsirkan, menunjukkan jalan yang selamat ke tempat suci tersebut. Ianya adalah labirin mengandungi 25 bilik dengan perangkap kematian. Setiap bilik boleh dikunjungi hanya sekali dan dalam urutan yang betul. Tafsirkan peta dan tunjukkan laluan yang betul melalui bilik-bilik (ini boleh dilakukan sama ada dengan memuat naik gambar atau hanya menggunakan teks sebagai jawapan).