Server Down

  • Pemain yang dikasihi,


    Berikutan masalah teknikal yang serius, kesemua dunia permainan BA, BG, IL, MY dan GR sedang offline. Pakar teknikal kami sedang bekerja keras untuk memulihkan kembali kesemua pelayan tersebut untuk kembali online.


    Malangnya, kami mungkin perlu membuat sedikit rollback untuk membolehkan pelayan-pelayan tersebut kembali online. Kami akan memaklumkan kepada anda tarikh dan masa dimana pelayan itu dirollback sejurus selepas kami menerima maklumat.


    Kesemua pemain di pelayan yang terjejas akan menerima pampasan.


    Kami menjangkakan masa untuk pelayan kembali online sekurang-kurangnya ialah selepas jam 9.00 malam


    Kami memohon maaf diatas sebarang kesulitan dan akan memaklumkan anda jika terdapat sebarang perkembangan terbaru.



    Tulus ikhlas,
    Pasukan Travian: Legends Anda

  • Pemain yang dikasihi


    Semua pelayan domain [MY] akan dilancarkan kembali ke tarikh / masa berikut:


    Waktu perkiraan ketika pelayan kembali online adalah 22:00 / GMT + 8 19.07.2018


    Mod Tiada-kebuluran akan diaktifkan untuk 12 jam selepas pelayan kembali dalam talian. Semua pemain akan menerima 40 emas sebagai pampasan.


    Kami sangat menyesal atas kesulitan yang berlaku dan akan melakukan yang terbaik untuk mengelakkan situasi seperti ini pada masa akan
    datang. Kami akan memaklumkan anda.


    Terima kasih,
    Travian anda: Pasukan Legends

  • Oleh kerana kerosakan yang sangat teruk, kami tiada pilihan lain selain membuat rollback keatas pelayan. Kami memahami kekecewaan anda dan sekali lagi kami ingin memohon ribuan ampun dan maaf diatas kesulitan yang anda alami. Semua pembelian emas akan dipulangkan semula pada 20/07. Kami akan memastikan aduan anda dipanjangkan dengan baik.


    Mungkin ada askar yang sedang dalam perjalanan ketika rollback tetapi tidak kelihatan didalam Titik Perhimpunan. Mereka akan muncul apabila tiba ke kampung asal. Ianya adalah isu paparan sementara yang akan diperbaiki sendiri. Sekian