Hari 2: Jauh, Sangat Jauh!

  • Kepada Maharaja Agung,



    Saya bebas kembali! Semuanya berjalan seperti yang dirancang. Ketika saya sampai ke pagar, tiada sesiapapun perasan dan saya berjaya menyelusup keluar dari kampung tersebut bersama penunggang-penunggang. Kini Nenet begitu gembira duduk dibahu saya dan menggigit manja telinga saya kerana telah lama ditinggalkan disini sendirian. Saya menepuk belakangnya – saya juga merinduinya!



    Nasib baik, saya masih memiliki semua baju saya kembali dan boleh menyamar ketika mengembara. Saya bercadang menggunakan kelebihan ini untuk pergi sejauh yang mungkin dari kampung puak Hun. Saya membuka peta dan melihat pada ko-ordinat: (104|−59).



    Sewaktu bahagian pertama perjalanan saya, saya mengembara sebagai penunggang druid menuju ke timur selama sejam, bertukar ke selatan, dan terus mengikuti haluan tersebut selama tiga jam dengan kelajuan Penjarah. Masih bimbang dengan puak Hun dari Askuzai yang mungkin menemui saya, saya mengenakan pakaian Teuton dan mengembara sebagai Kesatria Teutonic kearah barat sekala tujuh jam. Disana saya menemui sekumpulan penjelajah Sopdu yang menuju ke selatan dan menyertai mereka sebagai penyamaran. Ianya tidak begitu sukar kerana wajah mereka dilitupi untuk mengelakkan matahari dan pasir. Akhirnya, selepas hanya satu jam kami melintas pergunungan dan saya akhirnya memasuki sebuah kampung Gaul yang kecil dimana saya rasa selamat untuk tinggal sementara.


    Tugasan: Cari ko-ordinat terakhir.

  • Jawapan yang betul adalah : (57/-117)


    Pemenang harian untuk pertandingan ini ialah SukaSuka


    Voucher telah dihantar kepada pemenang!