Hari 4: Gunung Berapi

  • Kepada Maharaja Agung,



    Saya telah merungkaikan imej pada perkamen tersebut. Ianya adalah gunung berapi. Sudah tentu. Puak kita mempunyai tradisi yang panjang dengan gunung berapi, yang memberikan kita kuasa dan kebolehan luarbiasa.Tukang Pakar kita hanya dapat mengaktifkan artifak mereka dari jauh di dalam gunung berapi.Apabila Tukang Pakar Pertama hilang, membawa bersama rahsia pembinaan bersamanya, kekuatan puak kita mula merosot. Kita tidak lagi dianggap sekuat dahulu dan orang lain mula mengambil kesempatan – mengasaskan kampung dalam kawasan kita, menawan Keajaiban Dunia dan mencuri saki baki artifak kita. Tetapi kini semuanya akan berubah. Tiada sesiapa tahu kemana Tukang Pakar Pertama telah menghilangkan diri dan dimana beliau menyembunyikan pengetahuannya. Sehingga sekarang. Saya mendapat tahu hanya terdapat 2 gunung berapi di tanah ini dan memutuskan untuk melawat kedua-duanya. Nenet tidak begitu gembira dengan idea ini – dia benci kehangatan ruang udara diatas gunung berapi tersebut, tetapi dia akan mengikut kemana sahaja saya pergi.



    Saya tiba di salah satunya di Brundisium pada awal pagi. Apabila sampai ke kaki gunung, saya ternampak laluan kepuncak gunung berapi dikawal oleh Haeduan dan Penunggang Druid. Tanda amaran pada pintu gerbang memberi amaran bahawa terdapat pengawal kuno ditempat ini, yang mengetahui semua tentangnya, dan salah seorang dari mereka akan sentiasa bercakap benar atau bercakap bohong. Apabila saya menghampiri, Haeduan memberitahu saya:”Sekurang-kurangnya seorang dari kami sentiasa bercakap bohong.” Dan Penunggang Druid menambah:”Ini adalah tempat yang anda cari.”


    Tugasan: Adakah haeduan dan penunggang druid memberitahu kebenaran atau penipuan? Adakah ini tempat yang dicari Shu?


  • Nama pemain: KENSHE
    Pelayan yang dimain: Path to Pandora (ts19)


    Jawapan Tugasan:


    Haeduan becakap benar dan penunggang druid bercakap bohong. Tempat ini bukan yang dicari oleh Shu.

  • Jawapan: Haeduan Bercakap Benar, Itu bukan Gunung Berapi yang dicari Shu.


    Pemenang bagi tugasan harian ialah:
    1) SukaSuka
    2) KENSHE


    Hadiah telah dihantar ke inbox anda. Sekian