Perubahan Pengalaman Wira

  • Komuniti yang dihormati,


    Matlamat Travian Games adalah sentiasa berusaha meningkatkan pengalaman permainan. Sepanjang tahun lepas, kami menangani pelbagai topik yang dibincangkan pemain-pemain untuk jangka masa yang panjang, salah satu darinya adalah mata pertahanan. Bersama-sama dengan topik ini, kami juga berusaha mengatasi eksploitasi yang berkaitan dengan pengalaman wira.


    Dalam beberapa bulan yang lalu, Jake, Designer Permainan kami dan pasukan QA sedang berusaha untuk mengubah beberapa pengiraan mengenai tindakan yang pemain salahgunakan.

    Sekitar akhir bulan Disember walaupun sesuatu tidak dilakukan seperti yang kami rancangkan dan kami telah melaksanakan pada server salah satu perubahan yang kami lakukan tanpa menyampaikannya kepada komuniti kami. Kami memohon maaf atas kelewatan menyampaikan maklumat ini.


    Kami mendapati ini hanya hari ini dan kami ingin memastikan maklumat dan perubahan dalam mekanik adalah jelas kepada semua orang.


    Perubahan ini menyesuaikan cara kami membahagikan pengalaman wira semasa pertempuran. Jumlah pengalaman wira kini berdasarkan jumlah tanaman yang ada ketika pertempuran, sama seperti pemberian mata pertahanan.


    Berikut adalah 2 contoh untuk membuat perkara lebih jelas:

    1) Persekutuan mempertahankan sasaran dalam permainan awal dengan wira sahaja. Tiada pasukan tentera lain yang terlibat. Setiap wira mendapat pengalaman sama rata.

    Situasi:

    Pemain A serangan dengan 10 Thunders Theutates dan 10 Phalanxes = 30 penggunaan tanaman

    Dengan mengandaikan terdapat 10 wira yang mempertahankan dan semua pasukan penyerang terbunuh, kerana penggunaan tanaman adalah sama untuk setiap wira (6 tanaman) itu bermakna setiap wira akan mendapat pengalaman 10% dari jumlah jumlah penggunaan tanaman askar yang terbunuh. Ini bermakna setiap wira akan mendapat 3 mata pengalaman.


    2) Pada operasi pertahanan aliansi, seorang pemain menghantar keseluruhan askarnya termasuk wira, sementara pemain lain hanya menghantar wira. Pemain yang menggunakan lebih banyak penggunaan tanaman daripada hanya wira akan mendapat pengalaman yang lebih besar.

    Situasi:

    Pemain A serang dengan 10 Thunders Theutates dan 10 Phalanxes = 30 penggunaan tanaman

    Dengan mengandaikan terdapat 2 wira mempertahankan yang mana satu mempertahankan bersama-sama 88 Phalanxes (100 jumlah bekalan tanaman) dan semua tentera menyerang terbunuh, pengalaman itu akan dikongsi dengan cara yang berbeza. Wira solo akan mendapat 6% daripada pengalaman dan wira lain yang dihantar dengan phalanxes akan mendapat 94% pengalaman. Ini bermakna wira solo akan mendapat 2 mata pengalaman dan wira dengan phalanxes akan mendapat 28 mata pengalaman. Kami menggunakan pembulatan secara matematik.


    Kami harap ini menjelaskan semua keraguan anda, jika tidak, jangan ragu untuk bertanya


    Tulus Ikhlas,

    Travian anda: Pasukan Legenda