Travian: Codex Victoria

  • Travian sudah hampir 15 tahun – ini adalah pencapaian yang hebat! Dan ini tidak mungkin dicapai tanpa anda!


    Pertama sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada anda kerana menjadi sebahagian daripada komuniti ini. Sesetengah daripada anda sudah berada di sini untuk masa yang lama! Seperti biasa, kami mahu meraikan ulang tahun kami ini dengan dunia permainan yang istimewa.


    Bagi anda yang belum pernah mendengar tentangnya, setiap tahun sejak tahun 2013 kita akan memulakan dunia permainan yang unik pada bulan September untuk meraikan ulang tahun permainan ini. Pelayan ini mempunyai set ciri-ciri yang amat istimewa, yang kita akan jelaskan secara terperinci kemudian.


    Anda juga mungkin sudah perasan bahawa mereka mempunyai nama mereka sendiri yang unik, dan berubah setiap tahun.


    Pada tahun 2015, ianya adalah Scattered Empire; kemudian kita ada Rise of Alliances pada tahun 2016 dan kemudian Fire and Sand pada tahun 2017 dan Path to Pandora tahun lepas. Seperti yang boleh anda agak daripada tajuk perbualan ini, dunia permainan istimewa tahunan bagi tahun ini dipanggil Codex Victoria.

    01_namerevealing.png


    Apakah kandungan istimewa tahunan 2019 ini?


    Untuk dunia permainan istimewa tahunan tahun ini, kita akan menyimpan lima unsur istimewa tahun lepas Path to Pandora dan menambah tiga lagi ciri tambahan yang mengagumkan.

    Lima puak, peta Eropah Kuno, mata kejayaan, sistem penaklukan baru dan sistem gabungan akan dikekalkan di dalam versi khas ini.


    Apa yang kami tambah?


    Bermula esok, kami akan mendedahkan tiga ciri tambahan Codex Victoria tersebut sedikit demi sedikit,tetapi anda masih mempunyai masa sehingga esok jam 20:00 GMT +8 untuk membuat beberapa tekaan di dalam thread ini mengenai tiga ciri baru ini.


    Jangan ke mana-mana untuk mendapatkan maklumat yang lebih menarik!


    Tulus Ikhlas,

    Pasukan Travian: Legends anda

    iman_myidjpthchinese.png

    Post was edited 1 time, last by Iman ().

  • Bangunan Baru: Hospital

    hospitals_gif.gif

    Jika anda telah membaca Episod 6 Pertempuran Terakhir, anda mungkin sudah dapat mengagak apa jenis bangunan yang kita sedang bincangkan. Hospital akan diperkenalkan dalam Travian: Codex Victoria. Bangunan khas ini memberikan pemain pilihan untuk menyembuhkan askar yang tercedera dalam pertempuran.


    Bagaimanakah ia berfungsi?

    Di bawah ini anda boleh membaca sedikit maklumat am mengenai mekanik di belakang askar yang tercedera.


    Apakah maksud "tercedera" di sini?

    Sesetengah askar yang terbunuh di dalam pertempuran akan kembali ke kampung mereka sebagai bantuan sekiranya kampung mereka mempunyai hospital.


    Contohnya

    02_hospitalexample.png

    · Pemain P1 ada kampung V1 dan V2. V1 mempunyai hospital.

    · Pemain P1 mengukuhkan kampung V1 dengan askar dari V2.

    · Pemain P2 menyerang kampung V1 P1 dengan dari kampung V3 mereka.

    · Askar dari kampung V1 yang kalah akan menghasilkan askar yang tercedera, kerana V1 mempunyai hospital. Askar dari kampung V2 yang kalah pula akan hilang sepenuhnya, kerana V2 tiada hospital.


    Bagaimanakah pembalut mempengaruhi askar yang tercedera?

    Askar yang tercedera dan pembalut adalah peratusan nilai tersembunyi yang sama: semua askar yang hilang.


    Contohnya


    Pertempuran dengan 100 unit:

    Semua "mati".

    >= 33 pembalut pada 33%.

    33 (daripada 100) kembali sebagai bantuan berpembalut (tiada perubahan).

    40% tercedera.

    40 (daripada 100) kembali sebagai tercedera, jika kampung ada hospital. Dasar-rata.

    Yang lain hilang.

    27 (daripada 100) hilang.


    Bolehkah semua jenis askar tercedera?

    Ini boleh berlaku kepada askar T1 - T6. Senjata rampasan, peneroka dan penghulu tidak boleh tercedera.


    Bolehkah askar tercedera dalam mana-mana jenis pertempuran?

    Apabila askar tercedera, semua yang terlibat (termasuk bantuan) akan menyemak hospital mereka sendiri. Jika terdapat hospital dalam kampung askar, ia akan menghasilkan askar yang tercedera tanpa mengambil kira bagaimana askar tersebut mati (membela, menyerbu, menyerang, meninjau atau mengukuhkan).


    Askar yang tercedera tidak boleh bertempur lagi! Apakah maksud ini?

    Askar tercedera tidak lagi dianggap sebagai askar dari segi bekalan, kekuatan pertempuran, dll.


    Bagaimana pula dengan perangkap?

    Askar yang terbunuh di dalam percubaan menyelamat perangkap tidak akan menghasilkan askar yang tercedera.


    Tercedera dalam laporan / simulator pertempuran

    02_woundedinreports.png


    Barisan tercedera: Askar yang tercedera mempunyai barisan mereka sendiri di dalam laporan, termasuk ikon mereka sendiri.


    Simulator pertempuran: Barisan tercedera akan ditunjukkan di dalam simulator pertempuran, dengan menganggap bahawa kedua-dua penyerang dan pembela mempunyai hospital.


    Tercedera selepas pertempuran


    Askar tercedera tidak lapar: Askar yang tercedera tidak akan memakan tanaman, mereka juga tidak lapar sekiranya ketiadaan tanaman.


    Tercedera di hospital

    Bagaimanakah saya menyembuh askar?

    Apabila askar berada di hospital, anda boleh menyembuh mereka dengan menambah mereka ke giliran penyembuhan.


    Berapakah kos untuk menyembuh askar?

    Kos penyembuhan askar adalah sama dengan kos latihan askar di dalam berek atau kandang kuda.


    Berapakah masa yang diambil untuk menyembuh askar?

    Masa yang diambil untuk menyembuh askar adalah sama dengan masa latihan askar di dalam berek atau kandang kuda pada tahap yang sama seperti hospital. Contohnya: masa penyembuhan hospital pada tahap 1 adalah sama dengan masa latihan berek/kandang kuda pada tahap 1, bergantung pada jenis askar.

    02_healingqueue.png

    Nota: giliran hospital hanya akan menyembuh askar seorang demi seorang. Anda perlu memutuskan apa yang anda ingin sembuh mengikut keutamaan dan aturkan askar mengikut giliran dengan sewajarnya.


    Adakah artifak untuk latihan askar akan mempengaruhi hospital?

    Tidak, askar tidak akan sembuh lebih cepat di hospital yang menggunakan artifak latihan askar seperti Pelatih Berbakat Kecil, Pelatih Berbakat Besar, Pelatih Berbakat Unik, Artifak Durjana Kecil dan Artifak Durjana Unik.


    Adakah bonus persekutuan latihan askar akan mempengaruhi hospital?

    Tidak, askar tidak akan sembuh lebih cepat di hospital yang mempunyai galakan persekutuan latihan askar, seperti artifak.


    Apakah yang berlaku jika saya tidak menyembuhkan askar?

    Askar yang tercedera akan mati juga lama-kelamaan, sehingga mereka disembuhkan. 10% daripada askar yang tercedera akan mati setiap hari.


    Apakah yang berlaku jika hospital dimusnahkan?

    · Giliran latihan: Jika hospital dimusnahkan, barisan latihan akan terus berlatih (seperti berek).

    · Tercedera: Jika hospital dimusnahkan, askar yang tercedera masih akan mati pada kadar 10% setiap hari.

    · Baru cedera: Jika hospital dimusnahkan, tiada askar baru yang tercedera akan dipulihkan. Jika hospital dimusnahkan dalam peristiwa pertempuran, tiada lagi hospital untuk menghasilkan askar yang tercedera untuk pemain pembela sekiranya berlaku pertempuran.


    Apa yang berlaku jika kampung yang mempunyai hospital ditakluki?

    Jika kampung ditakluki, semua askar akan dibunuh seperti biasa. Askar yang tercedera juga akan dihapuskan. Jika bangunan tidak dilastikkan, bangunan akan kekal di kampung.

  • Permulaan Lanjut


    Di samping bangunan baru di Travian: Codex Victoria, anda akan dapat bermula dengan segera!

    Permulaan Lanjut khas akan membenarkan anda untuk menikmati manfaat berikut:


    · Kampung pertama anda akan bermula dengan semua lapangan sumber di tahap 5

    · Anda sudah ada 6 Peneroka dan CP yang cukup untuk menakluki 2 kampung tambahan

    ** Nota: 9c dan 15c tidak boleh ditakluki dengan 6 Peneroka pertama

    · 2 kampung pertama yang anda takluki akan secara automatik mempunyai semua lapangan sumber di tahap 5 (kampung seterusnya akan ada lapangan sumber di tahap 0)

    · Anda akan diberikan 75% daripada CP diperlukan untuk menakluki kampung keempat


    03_advanced_start.png


    Jangan terlupa untuk memilih secara bijak tempat untuk menghantar Peneroka itu!

    iman_myidjpthchinese.png

    Post was edited 1 time, last by Iman ().

  • Kedatangan Pemain Baru


    Kita belum terlupa mengenai pemain baru – Travian: Codex Victoria akan membawa sesuatu amat bernilai bagi mereka dengan sistem pengambilan pemain baru.

    Ciri bantuan mengikut konteks baharu akan dilaksanakan:

    • Membuka antara muka pengguna untuk kali pertama akan mencetuskan penjelasan unsur antara muka pengguna.
    • Tujuan ialah untuk memperbaik membantu pemain baharu memahami permainan.



    04_contextualhellp.png


    Juga terdapat beberapa perubahan yang mengiringi sistem ini yang juga menarik bagi bekas pemain.

    • Apabila tahap wira meningkat, kesihatannya dipulihkan (kembali ke 100%). Kita mahu memberi ganjaran terhadap usaha yang diberikan oleh wira untuk mendapat lebih banyak pengalaman dalam bidang.
    • Misi tersebut memberi ganjaran dan rampasan pengembaraan ditambah ke
      inventori wira. Mereka tidak boleh diserbu lagi, dan mereka tidak akan hilang jika gudang atau jelapang adalah penuh. Item sumber tidak boleh dijual dalam lelong.
    • Tutorial disingkirkan dan sistem tugas akan termasuk misi baru!



    04_resourceitem.png


    Sebagai tambahan:

    • Pengembaraan tidak akan tamat tempoh


    iman_myidjpthchinese.png

    Post was edited 2 times, last by Iman ().

  • Apa Travian: Legends Travian: Codex Victoria
    Umum
    Tutorial ya Ia digantikan dengan sistem pengambilan baru. Lihat semua butiran pada pos di atas.
    Peta Rata 401 x 401 Eropah 401 x 401
    Wilayah-wilayah Tiada wilayah 87 wilayah yang boleh ditakluki
    Permulaan Lanjut tidak Kampung pertama anda bermula dengan semua lapangan sumber pada tahap 5.
    Anda akan terus memiliki 6 peneroka dan CP yang mencukupi untuk meneroka 2 kampung tambahan. Anda akan diberikan 75% daripada CP yang diperlukan untuk meneroka kampung yang keempat. Lihat semua butiran pada pos di atas.
    Mata Kejayaan tidak Satu perikatan mempunyai >50% kawalan wilayah dan masa matang "pegangan" telah tamat. Mereka boleh menggunakan kuasa artifak dan perikatan mereka mengumpulkan mata kejayaan. Mata kejayaan yang diperolehi oleh perikatan anda setiap hari boleh disemak di dalam gambaran keseluruhan wilayah.
    Puak-puak 3 (Gaul, Teuton, Rom) 5 (Gaul, Teuton, Rom, Mesir, Hun)
    Bangunan puak Semua bangunan nampak sama bagi setiap puak Setiap puak mempunyai visual bangunan yang berlainan
    WoW ya tidak
    Tentera bergabung tidak ya
    Tentera dimajukan tidak ya
    Laluan dagangan Anda boleh membuat laluan dagangan ke kampung-kampung anda sendiri, ke Keajaiban Dunia perikatan/gabungan anda dan ke kampung-kampung yang mempunyai artifak di dalam perikatan/gabungan anda. Anda boleh membuat laluan ke kampung-kampung anda sendiri
    Bangunan pejabat dagangan Kesan berganda Kesan berganda
    Gelanggang latihan Kesan berganda Kesan berganda
    Slot bangunan Akaun Rom mempunyai satu slot bangunan tambahan. Kampung Rom mempunyai satu slot bangunan tambahan.
    Kapasiti gua dan kapasiti saudagar Setiap akaun mempunyai kapasiti gua dan kapasiti saudagar yang bergantung pada puak akaun. Setiap kampung mempunyai kapasiti gua dan kapasiti saudagar yang bergantung pada puak kampung.
    Pelayan tamat Pelayan tamat apabila Keajaiban Dunia yang dimiliki oleh seorang pemain atau seorang Natar mencapai tahap 100. Pelayan tamat selepas 180 hari.
    Bangunan-bangunan
    Hospital tidak Hospital adalah bangunan khas yang memberikan pemain pilihan pemulihan untuk askar yang tercedera di dalam pertempuran. Lihat semua butiran pada pos di atas.
    Artifak
    Nama Dipanggil artifak Dipanggil kuasa purba
    Ketersediaan Rahsia Arkitek, But Berkuasa, Mata Helang, Kawalan Diet, Pelatih Berbakat, Penyimpan Utama, Pengeliru Musuh, Durjana, Pelan Pembinaan Keajaiban Dunia Rahsia Arkitek, But Berkuasa, Mata Helang, Kawalan Diet, Pelatih Berbakat, Penyimpan Utama, Pengeliru Musuh
    Menakluki Boleh ditakluk dengan memusnahkan perbendaharaan di dalam serangan dengan wira sekiranya pemain mempunyai perbendaharaan yang cukup besar di kampung mereka. Sebaik sahaja perikatan menakluki sebuah wilayah, perikatan tersebut akan dapat mengakses kuasa purba yang boleh diaktifkan di dalam kampung yang mempunyai perbendaharaan yang cukup besar.
    Pengaktifan Ia diaktifkan secara automatik 24 jam selepas ditakluki. Ia perlu diaktifkan secara manual setiap 24 jam; kuasa purba yang sama boleh diaktifkan sekali sahaja bagi setiap ahli perikatan.
    Tempoh kuasa Aktif secara kekal. Ia perlu diaktifkan secara manual setiap 24 jam; kuasa purba yang sama boleh diaktifkan sekali sahaja bagi setiap ahli perikatan.
    Pengehadan kuasa Anda boleh menangkap maksimum 3 artifak, dengan hanya 1 artifak yang unik atau yang mempunyai kesan pada seluruh akaun. Lebih daripada 3 artifak boleh dipegang bagi setiap akaun. Artifak boleh ditangkap dengan menakluki seluruh kampung yang menyimpannya.

    Hanya 3 artifak yang tertua akan menjadi aktif, dengan hanya 1 artifak yang unik atau yang mempunyai kesan pada seluruh akaun. Sekiranya terdapat 2 artifak dengan kesan terhadap seluruh akaun di antara 3 artifak tertua seseorang pemain, artifak yang keempat tertua akan menjadi aktif.

    Pengecualian bagi tangkapan sendiri: Anda boleh menukar artifak di antara kampung akaun anda dengan wira, walaupun sekiranya anda sudah mempunyai 3 artifak atau lebih.
    Semasa di Travian: Legends, artifak tersebut akan sentiasa aktif bagi kampung atau akaun yang memilikinya; tetapi kuasa purba di Travian: Codex Victoria perlu diaktifkan. Ianya boleh diaktifkan sebaik sahaja perikatan pemain mencapai >50% kawalan wilayah dan telah memegang wilayah tersebut selama 24 jam. Untuk mengaktifkan kuasa purba, seorang ahli perikatan hanya memerlukan perbendaharaan tahap 10 bagi kuasa purba dengan kesan terhadap kampung, atau perbendaharaan tahap 20 bagi kuasa purba dengan kesan terhadap akaun.

    Terdapat beberapa pengehadan secara semula jadi: Bagi setiap kampung, hanya satu kuasa purba boleh diaktifkan, dan bagi setiap akaun, hanya satu kuasa purba yang memberi kesan kepada seluruh akaun boleh diaktifkan. Oleh itu, sejumlah dua kuasa purba boleh mempengaruhi satu kampung.
    Menakluki
    Kampung: Apabila anda menakluki satu kampung yang dimiliki oleh akaun milik puak lain, puak bagi kampung tersebut akan bertukar kepada puak akaun anda. Semua bangunan yang khusus bagi puak tersebut akan hilang. Apabila anda menakluki satu kampung yang dimiliki oleh akaun milik puak lain, puak bagi kampung tersebut akan kekal sama. Semua bangunan yang khusus bagi puak tersebut akan kekal, melainkan ianya dimusnahkan semasa ditakluki. Puak akaun anda akan kekal sama seperti pendaftaran anda.
    Natar. Apabila menakluki sebuah kampung Natar, kampung tersebut akan dimiliki oleh akaun anda dengan puak-puak di dalamnya. Apabila menakluki sebuah kampung Natar, kampung tersebut akan dimiliki oleh puak kampung penghulu.
    Pengasasan
    Di mana Tiada pengehadan Anda hanya boleh tinggal di wilayah yang mempunyai wilayah di sekelilingnya yang mempunyai lebih daripada 4,000 populasi. Terdapat beberapa wilayah yang anda boleh tinggal pada bila-bila masa (wilayah pusat).
    Kampung Apabila membuka satu kampung yang baru, kampung tersebut dimiliki oleh puak yang sama dengan akaun tersebut. Apabila menakluki satu kampung yang baru, kampung tersebut dimiliki oleh puak kampung peneroka tersebut.
    Pengembaraan dan item wira
    Item wira Memakai item daripada puak lain tidak akan mempertingkatkan unit anda. Memakai item daripada puak lain akan mempertingkatkan nilai unit daripada puak tersebut di dalam kampung semasa.
    Item dalam pengembaraan Wira anda hanya boleh menemui item bagi puak akaun tersebut. Wira anda hanya boleh menemui item bagi puak akaun tersebut.
    Askar dalam pengembaraan Wira anda hanya boleh menemui askar bagi puak akaun tersebut. Wira anda boleh menemui askar daripada puak dia semasa dia memulakan pengembaraan tersebut.
    Standard Standard item wira mempengaruhi pergerakan askar di kalangan ahli perikatan. Standard item wira mempengaruhi pergerakan askar di dalam gabungan.
    Gabungan
    Saiz Setiap perikatan boleh memasuki maksimum 3 gabungan yang berlainan. Setiap perikatan boleh menyertai satu gabungan yang terdiri daripada maksimum 4 perikatan (lihat butir-butir di dalam pos di atas ini).
    Bantuan Pemain boleh membantu mana-mana kampung. Pemain boleh membantu diri mereka sendiri, perikatan mereka dan setiap perikatan di dalam gabungan yang sama.
    Hantar sumber Pemain boleh menghantar sumber kepada mana-mana pemain yang lain. Pemain boleh menghantar sumber kepada diri mereka sendiri, perikatan mereka dan setiap perikatan di dalam gabungan yang sama. Tawaran di pasar tidak terikat dengan pengehadan ini.

    iman_myidjpthchinese.png

    Post was edited 1 time, last by Iman ().


  • Senarai Tugasan


    Kategori Tugasan Hadiah Kampung
    Kampung Baru
    Gudang tahap 1 Gudang tahap 2 Dihuni
    Kampung Baru Jelapang tahap 1
    Jelapang tahap 2 Dihuni
    Kampung Baru Bina Lombong Besi tahap 6
    24 jam rangsangan sumber untuk semua sumber
    Dihuni
    Kampung Baru Gudang tahap 3
    880 :lumber: 1020 :clay: 590 :iron: 320 :crop: Dihuni
    Kampung Baru Jelapang tahap 3
    620 :lumber: 720 :clay: 560 :iron: 230 :crop: Dihuni
    Kampung Baru Pengisar Bijian tahap 1
    900 :lumber: 790 :clay: 685 :iron: 2230 :crop: Dihuni
    Kampung Baru 2 lapangan sumber tahap 6 160 :lumber: 190 :clay: 150 :iron: 70 :crop: Dihuni
    Kampung Baru Semua lapangan sumber tahap 6 400 smiley757.png 460 smiley758.png 330 smiley812.png 270 smiley759.png Dihuni
    Kampung Baru 1 lapangan sumber tahap 7 240 :lumber: 255 :clay: 190 :iron: 160 :crop: Dihuni
    Kampung Baru Semua lapangan sumber tahap 7 400 :lumber: 400 :clay: 400 :iron: 200 :crop: Dihuni
    Kampung Baru Semua lapangan sumber tahap 8
    24 jam rangsangan sumber untuk semua sumber Dihuni
    Kampung Baru Bangunan Utama tahap 5
    570 :lumber: 470 :clay: 560 :iron: 265 :crop: Dihuni
    Kampung Baru Residen / Istana / Pusat Perintah tahap 1 525 :lumber: 420 :clay: 620 :iron: 335 :crop: Dihuni
    Kampung Baru Lihat tab Mata Budaya
    650 :lumber: 800 :clay: 740 :iron: 530 :crop: Dihuni
    Kampung Baru Residen / Istana / Pusat Perintah tahap 10
    500 CP Dihuni
    Kampung Baru Latih 3 Peneroka
    1050 :lumber: 800 :clay: 900 :iron: 750 :crop: Dihuni
    Kampung Baru Gudang tahap 7
    2650 :lumber: 2150 :clay: 1810 :iron: 1320 :crop: Dihuni
    Kampung Baru Jelapang tahap 7
    2200 :lumber: 2400 :clay: 2000 :iron: 1320 :crop: Dihuni
    ************* *************
    ************* *************
    Ekonomi Membina gudang tahap 1.
    Gudang tahap 2 Muncul
    Ekonomi Jelapang tahap 1
    Jelapang tahap 2 Muncul
    Ekonomi Lombong besi tahap 6
    24 jam rangsangan sumber untuk semua sumber Muncul
    Ekonomi 2 Lapangan sumber tahap 6
    160 smiley757.png 190 smiley758.png 150 smiley812.png 70 smiley759.png Muncul
    Ekonomi Gudang tahap 3
    620 smiley757.png 730 smiley758.png 560 smiley812.png 230 smiley759.png Muncul
    Ekonomi Jelapang tahap 3
    880 smiley757.png 1020 smiley758.png 590 smiley812.png 320 smiley759.png Muncul
    Ekonomi Semua lapangan sumber tahap 6 400 smiley757.png 460 smiley758.png 330 smiley812.png 270 smiley759.png Muncul
    Ekonomi 1 lapangan sumber tahap 7
    240 smiley757.png 255 smiley758.png 190 smiley812.png 160 smiley759.png Muncul
    Ekonomi Pasar tahap 1
    600 smiley757.png Mana-mana
    Ekonomi Guna Pasar
    100 smiley757.png 99 smiley758.png 99 smiley812.png 99 smiley759.png Mana-mana
    Ekonomi Semua lapangan sumber tahap 7 400 smiley757.png 400 smiley758.png 400 smiley812.png 200 smiley759.png Muncul
    Ekonomi Gudang tahap 7
    2650 smiley757.png 2150 smiley758.png 1810 smiley812.png 1320 smiley759.png Muncul
    Ekonomi Jelapang tahap 7
    2200 smiley757.png 2400 smiley758.png 2000 smiley812.png 1320 smiley759.png Muncul
    Ekonomi Semua lapangan sumber tahap 8
    24 jam rangsangan sumber untuk semua sumber Muncul
    ************* ************* ************* *************
    Dunia Buka Statistik
    90 smiley757.png 120 smiley758.png 60 smiley812.png 30 smiley759.png Mana-mana
    Dunia Namakan semula kampung
    100 CP Mana-mana
    Dunia Main Building 3 170 smiley757.png 100 smiley758.png 130 smiley812.png 70 smiley759.png Mana-mana
    Dunia Kedutaan tahap 1
    215 smiley757.png 145 smiley758.png 195 smiley812.png 50 smiley759.png Mana-mana
    Dunia Buka peta
    90 smiley757.png 160 smiley758.png 90 smiley812.png 95 smiley759.png Mana-mana
    Dunia Baca IGM kami
    280 smiley757.png 315 smiley758.png 200 smiley812.png 145 smiley759.png Mana-mana
    Dunia Lihat kelebihan kedai
    20 Emas Mana-mana
    Dunia Sertai atau buat persekutuan
    295 smiley757.png 210 smiley758.png 235 smiley812.png 185 smiley759.png Mana-mana
    Dunia Baca laporan kejiranan
    800 smiley757.png 700 smiley758.png 750 smiley812.png 600 smiley759.png Mana-mana
    ************* ************* ************* *************
    Pertempuran
    Buka Kampung
    750 semua sumber
    Mana-mana
    Pertempuran Guna hadiah sumber dari inventori 750 semua sumber Mana-mana
    Pertempuran Wira keluar mengembara
    30 XP Mana-mana
    Pertempuran Gua lvl 1 130 smiley757.png 150 smiley758.png 120 smiley812.png 100 smiley759.png Mana-mana
    Pertempuran 5 Pengembaraan 15 Krim ubat
    Mana-mana
    Pertempuran Barak tahap 1
    110 smiley757.png 140 smiley758.png 160 smiley812.png 30 smiley759.png Mana-mana
    Pertempuran Kekuatan Serangan
    190 smiley757.png 250 smiley758.png 150 smiley812.png 110 smiley759.png Mana-mana
    Pertempuran Latih 2 unit T1
    1 Kandang Mana-mana
    Pertempuran Dinding tahap 1
    120 smiley757.png 120 smiley758.png 90 smiley812.png 50 smiley759.png Mana-mana
    Pertempuran hantar serbuan ke oasis
    2 unit T1
    Mana-mana
    Pertempuran Barak tahap 3
    440 smiley757.png 290 smiley758.png 430 smiley812.png 240smiley759.png Mana-mana
    Pertempuran Akademi tahap 1
    210 smiley757.png 170 smiley758.png 245 smiley812.png 115 smiley759.png Mana-mana
    Pertempuran Bengkel fabrikasi tahap 1
    500 smiley757.png 400 smiley758.png 700 smiley812.png 400smiley759.png Mana-mana
    Pertempuran Selidik askar
    450 smiley757.png 435 smiley758.png 515 smiley812.png 550smiley759.png Mana-mana
    Pertempuran Tingkatkan tahap askar 10x Pembalut
    Mana-mana
    Pertempuran 10 Pengembaraan
    500 Perak
    Mana-mana
    Pertempuran Aktiviti Lelong
    280 smiley757.png 120 smiley758.png 220 smiley812.png 110 smiley759.png Mana-mana

    iman_myidjpthchinese.png

    Post was edited 5 times, last by Iman ().