Ciri-ciri ⭐ BARU ⭐ - akan datang

  • Pemain yang dihormati,


    Changelog yang akan datang mengandungi beberapa ciri baru dan pelarasan yang dilaksanakan ke dalam permainan hasil dari permintaan komuniti, Legends on Tour dan Duta Komuniti.


    Artifak:

    • Bonus moral telah dikeluarkan dari kampung-kampung yang mempunyai artefak.
    • Had pengambilan artifak telah dialih keluar dan wira kini boleh mendapatkan artifak tanpa sekatan. Batasan bahawa pemain hanya boleh mempunyai 3 artifak aktif dan cuma dapat memiliki 1 artifak skop akaun tidak diubah.

    Laluan Dagang:

    • Berikutan dari permintaan Duta dan Komuniti, kami telah menambah butang "Padam semua laluan dagang" yang mana pemain boleh memadamkan semua laluan perdagangan sekaligus.

    7421.png


    Profil pemain:

    • Profil pemain telah dikemas kini dengan maklumat tambahan yang berkaitan dengan statistik, butang untuk menambah nota dan menulis mesej sebagai susulan dari bengkel Legends on Tour.
    • Ciri-ciri melaporkan pemain telah ditambah ke profil pemain. Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat dalam pos kedua.

    7159.png


    Perubahan Lain:

    • Pertukaran ibu kota tidak boleh dibuat jika terdapat serangan (bukan serbuan) masuk ke kampung ibukota lama atau baru dalam masa 1 jam.
    • Bentuk dinding di kawasan bangunan telah disesuaikan bagi mendapatkan lebih banyak ruang untuk bangunan sedia ada.


    Codex Victoria:

    • Pemain boleh memilih di mana mahu menggunakan sumber inventori hero tanpa mengira kampung asal wira.


    Pelan dan tarikh pelancaran sebenar akan diberitahu di bahagian changelog tidak lama lagi.


    Your Travian: Legends Team

    iman_myidjpthchinese.png

    Post was edited 1 time, last by Iman ().

  • Ciri-ciri melaporkan pemain.

    Dengan pos ini kami ingin menerangkan dengan terperinci bagaimana ciri membuat laporan akan berfungsi.


    Pada awal bulan September, Pasukan Penguatkuasaan Peraturan (RET) telah mengambil alih topik-topik berikut: mencari multi, mengendalikan laporan anda dan menghukum akaun yang melanggar peraturan. Ciri ini akan dilaksanakan minggu ini pada Closed Beta dan PTR dan dikeluarkan pada minggu-minggu akan datang pada semua dunia permainan.


    Untuk meringankan proses dan membuat lebih mudah juga untuk anda melaporkan pemain, kami memperkenalkan ciri baru dalam gambaran keseluruhan Profil Pemain yang disebut "Laporkan Pemain"


    1_report-player-button.png

    Sebaik sahaja anda mengklik pada butang, ia akan membuka pop-up di mana anda boleh memilih sebab mengapa anda melaporkan pemain dan menambah nota. Dalam nota anda harus menulis apa yang anda perhatikan dan terangkan pemeriksaan apa yang anda mahu pasukan RET buat.


    2_report-player-type.png


    Anda boleh melaporkan maksimum satu kes sehari. Walau bagaimanapun, anda boleh menambah komen pada laporan anda untuk menjelaskan apa yang berlaku atau menambah akaun tambahan yang anda percaya berkaitan dengan pelanggaran pemain ini.

    Klik butang "Laporkan" apabila anda sudah bersedia untuk menghantar maklumat kepada pasukan RET. Mereka akan menerima laporan anda secara langsung. Mereka akan menyiasat akaun pemain dengan teliti dan mengambil langkah yang sesuai tanpa perlu membuat tiket perkhidmatan pelanggan.


    3_report-player-restriction.png


    Jika anda tidak memiliki sebarang laporan yang tersisa, butang akan berwarna kelabu dan mesej timbul akan muncul untuk memberitahu anda bahawa anda tidak mempunyai laporan yang tersisa.

    Harap maklum bahawa anda tidak akan menerima mesej dengan hasil siasatan kerana ini dilindungi oleh privasi, tetapi jangan risau, pasukan RET akan memeriksa semua laporan anda dengan teliti.


    Your Travian: Legends Team

  • 🗘 KEMASKINI 🗘- Batasan pertukaran ibukota

    Pemain yang dihormati,


    Baru-baru ini kami menerbitkan changelog yang berkaitan dengan kemas kini yang akan datang yang mengandungi pelbagai ciri baru, salah satunya menerima beberapa komen negatif.

    • Pertukaran ibu kota tidak boleh dibuat jika terdapat serangan (bukan serbuan) masuk ke kampung ibukota lama atau baru dalam masa 1 jam.

    Perubahan ini dirancang untuk dilaksanakan bagi mengelakkan beberapa keadaan tertentu di mana ia mungkin berlaku bahawa kampung ditakluk walaupun sudah menjadi ibukota tidak lama sebelum serangan berlaku.


    Terima kasih kepada maklum balas anda dan beberapa idea yang telah dicadangkan DEVs, kami menemui penyelesaian alternatif kepada isu ini. Kami akan meneruskan seperti berikut:

    • Tidak lama lagi, kami akan mengeluarkan ciri ini dari PTR dan Closed Beta di mana ia telah dilaksanakan dan kami menghentikan pelancaran ciri khusus ini pada dunia permainan yang lain.
    • Pasukan DEV kami akan mengusahakan penyelesaian teknikal yang berbeza yang ditemui semalam, tetapi kerana perubahan ini agak kompleks dan perlu memiliki sistem yang baru dibangunkan, pelaksanaannya akan mengambil masa 3 hingga 4 minggu. Pada masa ini masih ada kemungkinan bahawa keadaan yang disebutkan di atas masih boleh berlaku.
    • Sebaik sahaja penyelesaian teknikal baru boleh dilaksanakan, mungkin ada kelemahan bahawa dalam kes-kes yang sangat jarang pemain mungkin mempunyai 2 ibukota pada masa yang sama selama beberapa saat. Kami tidak menjangka apa-apa kesan lain pada permainan.

    Kami ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi atas maklum balas dan idea anda yang membantu kami memajukan lagi permainan. Kami sangat menghargainya.


    Tulus Ikhlas

    Pasukan Travian: Legends anda