[Qualifications] Gambar Keajaiban Dunia

  • Pemain yang dihormati,


    Pusingan kelayakan kini berada di fasa terakhir. Sayangnya, disebabkan oleh isu yang tidak dijangka, gambar khas Keajaiban Dunia yang berdasarkan puak tidak dapat dilihat pada antaramuka dan ia tidak dapat dibaiki dengan mudah kerana ia memerlukan perubahan kedudukan Keajaiban Dunia di pusat kampung. Selepas membuat pertimbangan kami memutuskan untuk tidak mengambil risiko menaik taraf antaramuka pengguna ke versi paling terkini pada peringkat pelayan ini dan oleh itu kami akan menggunakan imej Keajaiban Dunia biasa untuk pusingan kelayakan.


    Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk melaksanakannya pada Kejohanan Akhir. Kami dengan tulus meminta maaf atas kesulitan yang berlaku.


    Pasukan Travian: Legends anda