🛠️ Kami sedang berusaha! 🛠️ Isu berkaitan akaun pemain di pelbagai dunia permainan

  • Pemain yang dihormati,


    Seperti yang mungkin anda perhatikan, hari ini kami menghadapi pepijat kritikal. Kami sangat menyesal atas semua isu yang mungkin timbul, dan kami dengan sungguh-sungguh meminta maaf. Bug ini menjejaskan kebanyakan dunia permainan di Travian: Legends dan Travian: Codex Victoria. Dalam dunia permainan ini, semua kampung Natars lenyap, di samping beberapa akaun pemain.

    Senarai gameworlds yang terjejas sudah muktamad. Dunia permainan :arrow_right: ini :arrow_left: akan mendapat rollback. Masa dan tarikh pada spreadsheet adalah backup terkini sebelum masalah teknikal berlaku dan selepas rollback, dunia permainan akan kembali pada status waktu yang ditunjukkan.


    Sekiranya dunia permainan anda tidak disenaraikan, tetapi anda menghadapi masalah dengan akaun anda, jangan ragu untuk menghubungi kami melalui portal Khidmat Pelangan. Dunia permainan yang terjejas akan kembali pada 11 Oktober 2019 selepas pukul 20:00 GMT + 8.

    • Rollback bermakna permainan akan dikembalikan ke keadaan/status pada masa backup.
    • Ini bermakna semua yang anda lakukan sejak itu tidak akan dikira, termasuk apa-apa perubahan dalam sumber, tentera, paras bangunan dan emas, kecuali emas yang dibeli yang akan dimasukkan semula.
    • Semua pembayaran yang berlaku antara waktu backup dan masa apabila dunia permainan dimasukkan dalam mod penyelenggaraan akan ditempah semula.
    • Kebuluran akan dinyahaktifkan untuk +12 jam sebaik sahaja dunia permainan kembali dalam talian.
    • Semua pasukan yang "dalam perjalanan" selepas waktu backup akan dikembalikan ke kampung halaman mereka

    Pampasan lanjut akan dibincangkan sebaik sahaja semuanya kembali normal.


    Semua dunia permainan lain yang turut terjejas


    Kami masih menilai beberapa pilihan dan sama ada perlu melakukan rollback atau tidak. Kami akan mempunyai lebih banyak maklumat tentang dunia permainan ini hari ini dan kami akan mengemas kini anda dengan segera.


    Terima kasih atas kesabaran anda, kami memohon maaf atas semua kesulitan yang disebabkan oleh isu ini.


    Tulus Ikhlas

    Pasukan Travian: Legends anda

    iman_myidjpthchinese.png

    Post was edited 1 time, last by Iman ().

  • Pemain yang dihormati,


    Semua pelayan kami kembali dalam talian! 🎉


    Pampasan 100 Emas telah dimasukkan ke semua akaun.

    Jika soalan anda tidak diliputi dalam kemas kini Forum, sila hubungi Sokongan Pelanggan kami ➡️ https://support.travian.com ⬅️

    Sila ambil perhatian bahawa Pasukan Sokongan Pelanggan kami menerima bilangan tiket yang sangat tinggi, jadi kami memohon kesabaran anda, dan jika boleh , menunggu semua perkara kembali kepada asal pada dunia permainan yang terlibat (sehingga 24 jam selepas server kembali online) sebelum mula menghantar pertanyaan.


    Terima kasih kerana memahami,


    Tulus Ikhlas

    Pasukan Travian: Legends anda