Antara muka pengguna baru, bangunan yang khusus bagi setiap puak dan latar belakang akan datang ke dunia permainan biasa

  • Komuniti yang dihormati,


    Kebanyakan anda sudah menikmati antara muka pengguna baru, latar belakang dan bangunan yang khusus bagi setiap puak di dunia permainan Codex Victoria. Dalam masa dua bulan yang lepas, kami telah mengumpulkan banyak maklum balas dan kami kini sudah hampir pada fasa pelancaran.

    Tetapi sebelum kami mempertimbangkan butiran perubahan ini, kami perlu merentasi masa setahun sebelum Ogos 2018, apabila Beta Tertutup bagi Path to Pandora bermula.

    Saat itu melambangkan titik perubahan di dalam pembangunan permainan. Pada masa itu, kami telah mula membangunkan dua versi permainan yang berlainan (cabang) pada masa yang sama, yang juga memerlukan penyelenggaraan. Dan, kami tidak menggandakan pun bilangan pekerja kami.


    Bermula saat itu, setiap pembaikan pepijat dan setiap ciri yang baru perlu disertakan di dalam kedua-dua versi permainan, yang memerlukan usaha tambahan untuk menyelenggara dua versi permainan yang berlainan dan meningkatkan risikonya. Ini juga telah meningkatkan kemungkinan pepijat yang muncul dan melepasi kawalan Jaminan Mutu kami tanpa dikesan.


      


    Jadi, bagaimanakah kami boleh memperbaik proses ini?

    Kami membuat keputusan untuk meneruskan secara perlahan-lahan dan bermula dengan mencari apakah persepsi bangunan yang khusus bagi puak yang tertentu, antara muka pengguna yang baru, dan latar belakang yang baru. Kami lakukannya menggunakan tinjauan. Dalam masa 12 bulan yang terakhir ini, kami telah menghantar beberapa tinjauan dan kami juga menggunakan beberapa peningkatan kepada antara muka dan bangunan yang baru menurut maklum balas komuniti. Contohnya:


    · Kami telah menambah pemberitahuan yang menunjukkan apabila suatu tugasan harian sudah bersedia untuk dikutip

    · Kami telah menambah warna supaya lebih mudah untuk anda mengetahui di mana wira anda berada


    Di dalam tinjauan yang terakhir yang dijalankan pada bulan Oktober yang lalu mengenai dunia permainan Codex Victoria, tahap kepuasan mengenai bangunan, antara muka pengguna dan imej latar belakang yang baru sangat bagus dan kami mengambilnya sebagai tanda masanya telah tiba.


    Untuk apa? Anda mungkin bertanya.

    Untuk melancarkannya di seluruh dunia.


    Jangan panik! Kami tahu ada sesetengah daripada anda yang mempunyai perasaan yang bercampur baur mengenai bar navigasi togol. Daripada tinjauan kami, kami tidak dapat menentukan dengan jelas sama ada ianya disukai ataupun tidak.


             


    Tetapi kami telah membuat keputusan untuk mengambil jalan selamat: Paling lambat pada awal tahun 2020, togol tersebut akan ditukarkan kepada sesuatu yang lebih menyerupai dengan antara muka pengguna semasa.


    Apakah yang akan dibawa oleh perlaksanaan antara muka pengguna yang baru?

    Dengan melaksanakan ini, kami akan kembali mempunyai satu cabang sahaja. Ini akan mengurangkan kerumitan bagi pembangun dan lebih banyak masa bagi XAP untuk menguji pelancaran ini dengan lebih menyeluruh. Tambahan pula, sejak bulan Julai 2019 kami sudahpun mula membangunkan sejumlah ciri-ciri yang baru untuk versi permainan yang baru sahaja. Ini termasuklah permintaan popular semasa acara LOT2019, seperti senarai serbuan yang dipertingkat dan pembina ombak, sebagai contoh apa yang akan datang.


    Bilakah ini berlaku?

    Semua dunia permainan bermula dari 1 Disember 2019 akan dilancarkan dengan versi 4.5 permainan ini.


    Apakah yang akan diperkenalkan dengan versi 4.5?

    · Antara muka pengguna yang baru

    · Bangunan baru yang khusus bagi puak yang tertentu

    · Latar belakang yang baru

    · Bantuan mengikut konteks yang baru


    Dengan memperkenalkan bantuan mengikut konteks yang baru ini, tutorial yang lama akan dibuang dan semua manfaat tutorial akan diguna pakai secara terus sebaik sahaja anda memasuki permainan ini.

    Sekarang, kami juga sedang menilai beberapa penyelesaian teknikal yang akan membenarkan kami mengemas kini dunia permainan yang sedang berjalan kepada versi ini. Kami lihat cabaran yang paling sukar serta impak yang terbesar bagi permainan ini adalah kedudukan bangunan utama. Berubah ke antara muka pengguna yang baru akan memaksa kami untuk menggerakkan semua bangunan utama di semua kampung ke tempat yang baru. Di samping itu, mengemas kini dunia permainan yang sedang berjalan ke versi ini akan membenarkan kami melaksanakan ciri-ciri di atas juga. Sasaran kami adalah untuk mencari penyelesaian dan melaksanakan versi yang baru ini terhadap dunia permainan yang sedang berjalan selewat-lewatnya pada bulan Januari.


    Tulus Ikhlas,

    Pasukan Travian: Legends anda

    Images

    • pasted-from-clipboard.png

    iman_myidjpthchinese.png

    Post was edited 2 times, last by Iman ().