📅 Berita tentang Kalender Komuniti 📅

⭐ Advent Calendar giveaway ⭐

December! 🎁 Gift time!
Every day from December 1st to December 24th, starting at 10:00 AM (UTC+1), we'll be doing an 8-hour giveaway in Discord! Don't miss ➡️ today's surprise! ⬅️
How can you participate? Join us in the official Travian: Legends Discord server, accept the rules to unlock all the channels, head to the #advent-calendar channel, and seize your chance to win!
  • Komuniti yang dihormati,


    Memandangkan kami menghadapi beberapa masalah dengan pembekal kami untuk Kalendar Komuniti, kami telah memutuskan untuk berpindah ke platform baru yang membolehkan kami mendapat beberapa kelebihan dan ciri tambahan.

    Mulai sekarang pautan ke Kalendar Komuniti kami akan mengarahkan anda ke papan awam komuniti Travian: Legends Trello. Anda tidak perlu melanggan Trello untuk dapat melihat papan dan Kalendar yang disambungkan kepadanya.

    Anda boleh melihat kalendar di sudut kanan atas papan, seperti yang anda dapat lihat dari gambar di bawah.


    trello_calendar.png


    Ciri-ciri tambahan


    Berikut adalah senarai pendek ciri-ciri yang kami perkenalkan dengan papan Trello ini:


    • Jika anda mempunyai akaun Trello, anda boleh mengikuti acara yang anda berminat dan mendapat pemberitahuan.
    • Kami akan menggunakan papan Trello untuk memberikan anda kemas kini secara langsung dalam kes acara istimewa (mis. Legends on Tour) atau komunikasi kecemasan.
    • Kami akan menambah semua changelog ke papan Trello supaya anda dimaklumkan tentang perubahan dalam permainan dan bila ia berlaku.
    • Informasi dunia permainan kini termasuk masa ia bermula dan ia berdasarkan masa tempatan komputer anda.
    • Pautan baru untuk sync Kalendar Komuniti dengan kalendar peribadi anda ➡️ di sini.

    Penting, kalendar Trello hanya menunjukkan 2 peristiwa sehari, tetapi ia menunjukkan di bahagian atas sel berapa banyak peristiwa untuk hari itu, jika anda mengklik pada nombor kad, anda akan melihat keseluruhan senarai.


    trello_calendar2.png


    Jika anda mempunyai idea atau maklumat menarik lain yang boleh dikongsi di papan Trello, jangan ragu untuk menghubungi saya, Community Manager anda, melalui mesej peribadi.


    Pasukan Travian: Legends anda