#RunFast - Cabaran gameworld 10x sudah kembali!

  • runfast_tobecontinued.png



    Orang ramai memerhatikan bagaimana si pemberita berjalan perlahan ke dataran utama kampung. Di tangan kanannya dia memegang sebuah gulungan dengan cap lilin besar dengan lambang di atasnya, yang bermaksud berita yang sangat penting datang dari ibu kota.


    Sebaik sahaja dia betul-betul berada di tengah, dia memecahkan meterai itu dan perlahan-lahan membuka gulungannya. Penduduk kampung sudah menunggu.

    "Senator telah bercakap!" dia menjerit. "Perang baru menghampiri Empayar. Jadikan gudang dan lumbung anda penuh seperti sebelumnya. Berlari pantas, sebarkan berita ke semua kampung berhampiran. Pertempuran akan datang lagi! Tidak akan berlangsung lama, kerana ia akan menjadi yang perang paling kejam yang pernah dihadapi oleh Kerajaan! Bersiaplah. " Dia menghembuskan nafas.


    Orang ramai tidak bergerak sehingga suara anak memecah keheningan yang tegang: "Ibu, apa yang akan kita lakukan?"

    ..............

    Dan anda? Apa yang anda akan buat?

  • Maklumat umum ------------------------ -----------------------------------------------------------
    Tarikh mula 18.05.2020
    Waktu Mula tx10.asia.travian.com - 16:00 GMT+8
    tx10.arabics.travian.com - 12:00 GMT+2
    tx10.europe.travian.com - 14:00 GMT+2
    tx10.america.travian.com - 16:00 GMT+2
    Versi T4.5
    Halaju 10x
    Bahasa Semua
    Puak 5 (Rom, Gaul, Teuton, Mesir, Hun)
    Saiz peta 801 x 801
    Tetapan Wonder of the World


    Garis waktu relevan ---------------------------
    -----------------------------------------------------------
    Tempoh perlindungan pemula 1 hari
    Perlindungan pemula boleh dipanjangkan 1 hari
    Artifak dilancarkan Selepas 10 hari
    Pelan Pembinaan dilancarkan Selepas 20 hari
    Natar mula membina WW Selepas 25 hari
    Barang Tier 2 dilancarkan Selepas 8 hari (+- 12h)
    Barang Tier 3 dilancarkan Selepas 15 hari (+- 12h)


    Faktor halaju -------------------------------- -----------------------------------------------------------
    Latihan askar 10x lebih cepat
    Peningkatan bangunan 10x lebih cepat
    Produksi sumber 10x lebih cepat
    Halaju askar 4x lebih cepat
    Halaju pedagang 10x lebih cepat
    Artifak cooldown 4 jam
    Tempoh Lelongan 2 jam


    Mata budaya ------------------------------- -----------------------------------------------------------
    Kesan Hasil Seni Maksima 400 CP
    Perayaan kecil Dewan Perbandaran Maksima 125 CP
    Perayaan besar Dewan Perbandaran
    Maksima 500 CP



    Emas & GTL ------------------------ -----------------------------------------------------------
    Tempoh Akaun Plus dan Bonus Sumber 3 hari
    GTL Masuk Dari COM Sahaja
    GTL Keluar
    ke mana2 dunia permainan di mana2 domain


    Ciri Tambahan ------------------------- -----------------------------------------------------------
    Hospital Ya
    Wira pulih ketika naik tahap Ya
    Sumber sebagai barangan Wira
    Ya
    Pengembaraan tidak luput Ya
    Teruskan dan gabungkan askar Tidak



    Harap maklum, kami menyedari bahawa dunia permainan 10x sangat popular dan ramai orang mahu memainkannya. Seperti yang anda ingat, pada pusingan sebelumnya kami tiba-tiba menutup pendaftaran kerana jumlah pemain yang mendaftar dan bersamaan dalam talian terlalu tinggi. Kami telah mengambil langkah untuk mengelakkan ia berlaku semula pada pusingan yang akan datang. Selain itu, semua dunia permainan dapat dijangkau oleh semua orang dari laman web travian.com tidak kira bahasa yang anda pilih di halaman utama. Walaupun kami mengambil semua langkah yang diperlukan, kami tidak dapat menjamin bahawa ia tidak akan berlaku lagi. Kami meminta maaf terlebih dahulu sekiranya kami memutuskan untuk menutup pendaftaran untuk mengekalkan prestasi pelayan yang baik untuk pemain yang sudah mendaftar.


    Jangan lupa untuk mengikuti ke kemaskini dan acara yang akan datang dalam Community Calendar!


    Pasukan Travian: Legends anda