Dunia Permainan baru Rantau Asia

  • Komuniti yang dihormati,


    Bermula 1 Jun, kami akan berpindah kepada persekitaran dunia permainan mengikut rantau bagi rantau Asia yang terdiri daripada domain TH, CHINESE, ID, JP, MY dan VN.


    Sasaran kami adalah untuk memfokus kepada mewujudkan persekitaran permainan yang lebih mencabar dan lebih 'tempatan', yang akan menjadikan pengalaman permainan ini lebih menyeronokkkan.


    Kami pasti anda mempunyai banyak soalan, jadi kami akan cuba menjawab beberapa soalan terlebih dahulu. Mari kita lihat sama ada kami dapat menjawab majoriti soalan-soalan anda.


    Apakah nama dunia permainan serantau ini?

    Ianya akan dipanggil Asia, kerana kami sudah mengujinya pada dunia permainan 10x lebih laju dan semuanya berjalan lancar. Struktur URL dunia permainan baru ini adalah seperti berikut:

    ts00.asia.travian.com – untuk kelajuan biasa

    tx00.asia.travian.com – untuk dunia permainan 3x lebih laju

    (00 adalah nombor dunia permainan)

    Semua dunia permainan yang baru ini dapat dilihat di bahagian pendaftaran dan log masuk halaman utama tempatan (travian.com/bahasaanda).


    Dunia permainan Asia akan disediakan di dalam bahasa apa?

    Semua bahasa yang disediakan di dalam domain tempatan akan dikekalkan. Anda boleh terus bermain di dalam bahasa pilihan anda: Bahasa Cina, Bahasa Indonesia, Bahasa Jepun, Bahasa Malaysia, Bahasa Thai dan Bahasa Vietnam.


    Apakah saiz peta di dalam dunia permainan Asia?

    Saiz peta adalah 401x401 secara default.


    Pukul berapakah dunia permainan ini akan bermula?

    Dunia permainan seperti biasa akan bermula pada jam 18:00 GMT+8.


    Apakah yang akan terjadi pada dunia permainan semasa?

    Dunia permainan yang sedia ada akan diteruskan sehingga tamat seperti biasa, jangan risau! Anda tidak lagi boleh mendaftar akaun baru pada dunia permainan tempatan bermula hari ini. Dunia permainan laju Asia akan bermula pada 2 Jun dan dunia permainan kelajuan biasa akan bermula pada minggu seterusnya iaitu 8 Jun. Dalam kata lain, anda tidak perlu menunggu lama untuk menghadapi cabaran-cabaran yang baru ini.


    Adakah saya boleh menggunakan Pautan Pemindahan Emas daripada domain saya di dunia permainan yag baru ini?

    Ya, anda boleh menggunakan Pautan Pemindahan Emas daripada domain semasa anda (MY, ID, VN, CHINESE, JP, Asia) di dunia permainan serantau yang baru bagi Asia.


    [MY, ID, TH, VN] Adakah harga Emas akan berubah?

    Ya, kami akan melaras harga Emas supaya sesuai dengan persekitaran baru. Anda boleh membeli Emas menggunakan mata wang yang berikut: USD, JPY, VND, MYR.

    my.png


    Sekiranya anda masih mempunyai soalan yang tak terjawab, anda boleh bertanya di sini:

    Asah pedang anda dan sediakan busur anda kerana peperangan sedang menanti!

    Pasukan Travian: Legends anda

    iman_myidjpthchinese.png

    Post was edited 2 times, last by Iman ().

tg_TL-DQ4_970x250_181126.jpg