📣 Pengumuman Perubahan Peraturan Permainan

  • Assalamualaikum atau selamat sejahtera kepada semua pemain,


    Seperti yang anda mungkin sudah tahu, pada bulan Julai 2020, kami mula bekerja dengan badan penasihat Duta mengenai topik yang hangat bagi komuniti: akaun teknikal. Hari ini, kami ingin mengumumkan yang kami sudah bersedia untuk mengeluarkan set peraturan permainan yang dipinda yang merangkumi topik ini.


    Di bawah ini, anda boleh menemui senarai peraturan yang akan dipinda. Senarai ini juga ada disediakan di halaman "Peraturan Permainan" di laman web travian.com di sini.


    Log penukaran:

    Rujukan terhadap Terma dan Syarat Am telah disesuaikan.

    • §1.1. Nombornya ditukar kepada §1.1.a
    • §1.1.b telah ditambah untuk melaksanakan sekatan terhadap kebun persendirian.
    • §1.7 telah ditambah untuk merangkumi kes pinggiran berkenaan salah guna reka bentuk permainan.
    • §5 mengandungi rangkaian yang telah dibetulkan.
    • Agama ditelah ditambah kepada §6.4.
    • §6.8 telah ditambah untuk merangkumi kes pinggiran berkenaan kandungan yang tidak sesuai.
    • Penerangan ditambah kepada §7.2 mengenai proses semakan semula larangan.

    Di sini adalah gambaran keseluruhan mengenai apa yang telah kami lakukan untuk mengatasi isu berbilang akaun dan akaun teknikal dan apa yang sudah dilaksanakan di dalam permainan:

    • Pada bulan Ogos 2020, kami telah memperluaskan perlindungan penolakan di kalangan ahli perikatan untuk merangkumi ahli gabungan juga.
    • Kemudian pada bulan September, kami melaksanakan perubahan terhadap hukuman untuk menjadikannya lebih berat.
    • Tambahan lagi, kami mengehadkan pengganti kepada ahli perikatan/gabungan yang sama sahaja dan baru-baru ini menambah lagi peraturan yang lebih ketat bagi pengganti yang boleh anda dapati di sini.
    • Dengan keluaran kemas kini 4.6, kami telah membuat perubahan kepada oasis dan mod bercuti, yang akan membantu dengan selanjutnya berkaitan isu dengan akaun teknikal.


    Dengan peraturan §1.1.b yang baru, Duta dan pasukan permainan ingin mencegah kebun persendirian di luar perikatan dan gabungan yang tidak tertakluk kepada sekatan penolakan.


    Peraturan ini akan berkuat kuasa mulai hari ini, 23 Mac, dan kami mengharapkan pemain akan mengubah kelakuan mereka berkaitan kebun persendirian dengan serta-merta selepas pengumuman ini. Kami kemudiannya akan mula mendenda akaun yang melanggar peraturan §1.1.b yang baru ini mulai 6 April berdasarkan data daripada minggu-minggu sebelumnya.


    Sekiranya anda ingin melaporkan seorang pemain yang melanggar peraturan ini, sila gunakan kefungsian laporan dalam permainan yang disediakan di dalam profil pemain yang anda ingin laporkan. Pilih kategori "Lain-lain", dan pastikan anda meninggalkan komen dengan menyatakan sebab laporan, contohnya "kebun persendirian".


    Kami berharap perubahan terhadap Peraturan Permainan ini akan membantu semua pemain untuk mendapat pengalaman yang lebih baik dan kami akan terus mendengar maklum balas anda.


    Pasukan Travian: Legends anda