Pinned Garis Panduan Komuniti

    • Garis Panduan Komuniti

      Selamat datang keforum Travian: Legends!

      Forum ini menawarkankepada anda satu platform untuk menyertai perbincangan yang menarik dengan pemain lain dan juga pasukan Travian. Anda telah datang ketempat yang betul jika anda ingin membincangkan idea-idea anda dengan orang lain, mencari maklumat atau perlukan bantuan, atau boleh membantu orang lain.

      Garis panduan komuniti ini merupakan sebahagian daripada Syarat-syarat. Dengan mendaftar di dalam forum ini, setiap pengguna bersetujudengan garis panduan komuniti ini serta Syarat-syaratpermainan ini dan bersetuju untuk sentiasa mematuhinya, terutamasekali Bahagian §11.
      1. Kelakuan am
      Selainperkara-perkara yang telah pun disebut di dalam Syarat-syaratpermainan, kelakuan yang berikut juga tidak diterima:
      [list=1]

      • Menghantar mesej spam, menyumpah dan menghina. Forum kita hanya dapat menyediakan persekitaran yang menyenangkan sekiranya semua orang bersifat sopan dan saling hormat-menghormati.
      • Menyiar teks yang sama secara berlebihan/berulang kali. Catatan hanya perlu disiarkan di dalam satu bahagian forum dan tidak perlu disalin semula ke bahagian lain.
      • Menyamar sebagai kakitangan, termasuk pos di mana pengguna mengadu bahawa ada pemain lain yang melanggar peraturan.
      • Rentetan forum atau pos yang dibuat dengan tujuan untuk mengiklan halaman web atau produk yang tidak berkaitan dengan Travian: Legends atau mana-mana permainan lain daripada Travian Games GmbH.
      • Menyiar bahan yang boleh dianggap sebagai haram atau melanggar hak cipta menurut undang-undang antarabangs
      • Multiaccounting. Setiap pemain hanya dibenarkan mempunyai satu akaun didalam forum.
      • Menghantar spam, mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina.
      [/list]
      1. Catatan dan kaitan topik
      Silacuba untuk memberikan hujah yang objektif apabila menjawab. Cubauntuk mengikuti topik perbincangan. Jelaskan pendapat anda dengancara yang boleh difahami dan ambil kira hujah orang lain. Tuduhanatau syak tanpa bukti tidak boleh disiarkan. Kritikan yang membinadialu-alukan sekiranya ianya ditulis dengan rasa hormat danberdasarkan fakta dan disokong oleh hujah yang relevan.
      1. Amaran dan penggantungan
      Mana-manaakaun yang melanggar Syarat-syaratatau garis panduan komuniti ini boleh diberikan amaran, digantungatau dipadam oleh kakitangan kami bergantung pada keterukanperlanggaran peraturan yang dibuat.
      1. Moderator
      Moderatormemastikan garis panduan komuniti ini diikuti. Bagi persoalanmengenai penggantungan, sila hubungi Moderator yang berkaitan melaluimesej peribadi. Sekiranya anda mempunyai sebab yang munasabah untukmengesyaki pengalahgunaan kuasa oleh seorang moderator, pentadbirboleh dihubungi di admin@travian.com.my
      1. Pautan luaran
      TravianGames tidak bertanggungjawab ke atas kandungan pautan luaran.Liabiliti ditanggung sepenuhnya oleh pemilik halaman web tersebut.Penyedia perkhidmatan tidak dapat menyemak setiap masa kandunganpautan yang terpaut padanya. Sekiranya kami mendapati terdapatperlanggaran pautan luaran, kami akan membuangnya. Sehingga itu,pengguna mengklik pada pautan tersebut atas risiko sendiri.
      1. Hal-hal organisasi
      PasukanTravian: Legends berhak untuk mengubah garis panduan ini padabila-bila masa.

      The post was edited 1 time, last by Iman ().