#AskTravian Episod 2 ditangguhkan – Mengapa?

    This site uses cookies. By continuing to browse this site, you are agreeing to our Cookie Policy.

    Would you like to know what’s going on in the Tournament 2017 Finals?
    Keep yourself updated by reading "The Corner"!

    • #AskTravian Episod 2 ditangguhkan – Mengapa?

      Kami sedar, bahawa kami telah berjanji untuk melancarkan Episod 2 #AskTravian pada hujung bulan ini. Ini adalah perancangannya. Selepas mengumpulkan kesemua soalan anda pada hari Isnin minggu ini, kami merekodkannya. Tetapi, seseorang (kami tidak kejam jadi kami tidak menamakan siapakah orangnya: JAY) mempunyai sesebuah isu dan tidak fokus. Oleh itu selepas mencuba selama 1 jam, kami hanya berjaya merakam 1/3 daripada video tersebut dan kami bercadang untuk menangguhkan rakaman.
      Oleh kerana kami bukan orang yang kejam, kami tidak akan memberitahu anda (ya, kami akan) Jay telah gagal.


      Pautan ke video: youtu.be/rOzaQ4yXdjg


      Jika anda berjumpa Jay dimana-mana, sila cuba jangan ketawa dimukanya, kerana kami belum memberitahu anda apa-apa!


      Ke Nota yang lebih serius: Oleh kerana kami memahami minat anda untuk mengetahui soalan manakah yang kami pilih untuk dijawab, berikut adalah senarai penuh:


      PASUKAN
      • Berapa ramai penulis kod dan pereka yang kami ada, dan berapakah kos untuk membangunkan permainan?
      • Apakah kewarganegaraan pembangun? Bagaimana anda memilih mereka? Adakah mereka pemain sebelum mereka menyertai pasukan?


      BAHASA PENGATURCARAAN & PELBAGAI
      • Berapa besarkah projek untuk menghasilkan puak yang sama sekali baru ini apabila anda berfikir tentang sejarah dan tradisi mereka? Adakah anda menghantar pasukan pereka ke beberapa perpustakaan dengan beg tidur?
      • Bagaimana proses untuk melaksanakan ciri-ciri baru untuk permainan? Terdapat idea brainstorming, anda mendapat semua idea, selepas itu anda menguji dalam pelayan peribadi? Bagaimana ini?
      • Dalam Bahasa apakah Travian diprogramkan? Jenis database apakah yang anda gunakan?
      • Apakah ralat yang paling sukar untuk dibaiki?


      PENGIMBANGAN
      • Didalam permainan MMORG yang lain karektor akan diseimbangkan (diperkasa atau dilemahkan) setiap 2/3 bulan. Adakah anda merancang sesuatu seperti ini atau pengimbangan ini telah muktamad?


      PERMAINAN SECARA UMUM
      • Mengapa perlu ada kawasan kelabu sedangkan WW bertaburan diseluruh peta?
      • Apakah peluang kami untuk mendapatkan formula serangan? Saya ingin mencipta simulasi pertempuran yang lebih tepat!
      • Adakah terdapat grafik baru untuk bangunan, atau beberapa buah bangunan? Supaya kami sebagai pemain akan mengalami lebih banyak pandangan perkampungan suku kaum, kerana sekarang terdapat 5 suku yang berbeza?
      • Bagaimanakah anda menentukan penampilan dan karektoristik puak-puak didalam Travian?
      • Mengapa proses ini tidak boleh dibatalkan selepas pedagang pergi meninggalkan pasar?


      FIRE AND SAND
      • Apakah maklumbalas komuniti berkenaan puak baru? Adakah mereka akan ditampilkan dalam pelayan klasik Travian: Legends atau untuk Fire & Sand sahaja?
      • Dalam Fire & Sand saya terlihat kawasan "dicadangkan" dan kemudiannya dimana saya perlu memilih sektor. Adakah disebabkan kekurangan pemain? Atau ianya adalah idea untuk mempunyai permainan yang lebih realistic supaya puak Huns diutara Eropah Kuno dan Puak Mesir di selatan Eropah Kuno?


      Kami berharap dapat melancarkan video tersebut dalam 2 minggu akan datang. Sekian

      Tulus ikhlas,
      Pasukan Travian Anda