Peraduan: Peta Harta Karun!

    • Peraduan: Peta Harta Karun!


      Pemain yang dikasihi,

      Baru-baru ini ahli sejarah kami telah menemui cebisan perkamen yang menarik dan mengandungi maklumat mengenai peti harta karun, dicuri daripada Natar dan tersembunyi didalam peta Travian. Sebahagian dokumen ini telah rosak teruk, dan sesetengah perkataan telah hilang, bagaimanapun, kami berjaya untuk menyahkod sebahagian dari maklumat tersebut.

      Berikut adalahmaklumat yang diperolehi:
      Saya memulakanperjalanan dari koordinat kosong (0|0). Dalam usaha untuk menghapuskan jejak saya sering menukar kelajuan perjalanan dan arah. Oleh itu, mula-mula saya menunggang ke Timur selama 1 jam dengan kelajuan paladin, kemudian bertukar ke arah Utara dan mengembara dengan tarbil api selama 5 jam. Kemudian saya menghala ke Barat dan mengembara sebagai penunggang Druid selama 2 jam. Saya menyertai sekumpulan peneroka yang menghala kearah Selatan dan mereka mengizinkan saya untuk menumpang dan berehat didalam gerabak mereka selama 9 jam. Sekumpulan Askar Belantan menuju ke Timur merupakan peneman saya untuk 6 jam berikutnya. Apabila mereka sampai ke destinasi, saya menukar sedikit emas kepada perak dan membeli seekor Kuda Perang dalam lelongan disitu. Jadi, saya bertukar arah ke Selatan dan menunggang kuda yang cantik ini selama satu jam dengan kelajuan Wira Rom.Di pertengahan jalan kami bertemu dengan seorang senator, tetapi sedang kami telah ke arah Barat selama 15 minit beliau memutuskan bahawa beliau mungkin boleh merampas emas saya dan mengarahkan pengawalnya untuk membunuh saya, dan ini menyebabkan saya lari lintang pukang dalam tempoh sejam menghala ke Selatan dengan kelajuan Peninjau. Akhirnya saya kehilangan tenaga dan menanam emas saya disitu. Cari ko-ordinat emas saya ditanam dan berikan ko-ordinat dimana saya berhenti sewaktu dalam perjalanan kesana.

      P.S.
      Kelajuan - x1
      Untukpengiraan yang lebih pantas, anda boleh menggunakan kalkulator ini
      travian.kirilloid.ru/distance.php

      Anda boleh membincangkan peraduan ini disini


      Hadiah:
      3x30 emas untuksetiap pemain, dipilih secara rawak dari jawapan yang betul.

      Peraduan ini akan berlangsung pada:
      Bermula: 05.10 16:00GMT+8
      Berakhir: 09.10 at16:00 GMT+8