Peraduan: Peta Harta Karun!

    This site uses cookies. By continuing to browse this site, you are agreeing to our Cookie Policy.

    Would you like to know what’s going on in the Tournament 2017 Finals?
    Keep yourself updated by reading "The Corner"!

    • Peraduan: Peta Harta Karun!


      Pemain yang dikasihi,

      Baru-baru ini ahli sejarah kami telah menemui cebisan perkamen yang menarik dan mengandungi maklumat mengenai peti harta karun, dicuri daripada Natar dan tersembunyi didalam peta Travian. Sebahagian dokumen ini telah rosak teruk, dan sesetengah perkataan telah hilang, bagaimanapun, kami berjaya untuk menyahkod sebahagian dari maklumat tersebut.

      Berikut adalahmaklumat yang diperolehi:
      Saya memulakanperjalanan dari koordinat kosong (0|0). Dalam usaha untuk menghapuskan jejak saya sering menukar kelajuan perjalanan dan arah. Oleh itu, mula-mula saya menunggang ke Timur selama 1 jam dengan kelajuan paladin, kemudian bertukar ke arah Utara dan mengembara dengan tarbil api selama 5 jam. Kemudian saya menghala ke Barat dan mengembara sebagai penunggang Druid selama 2 jam. Saya menyertai sekumpulan peneroka yang menghala kearah Selatan dan mereka mengizinkan saya untuk menumpang dan berehat didalam gerabak mereka selama 9 jam. Sekumpulan Askar Belantan menuju ke Timur merupakan peneman saya untuk 6 jam berikutnya. Apabila mereka sampai ke destinasi, saya menukar sedikit emas kepada perak dan membeli seekor Kuda Perang dalam lelongan disitu. Jadi, saya bertukar arah ke Selatan dan menunggang kuda yang cantik ini selama satu jam dengan kelajuan Wira Rom.Di pertengahan jalan kami bertemu dengan seorang senator, tetapi sedang kami telah ke arah Barat selama 15 minit beliau memutuskan bahawa beliau mungkin boleh merampas emas saya dan mengarahkan pengawalnya untuk membunuh saya, dan ini menyebabkan saya lari lintang pukang dalam tempoh sejam menghala ke Selatan dengan kelajuan Peninjau. Akhirnya saya kehilangan tenaga dan menanam emas saya disitu. Cari ko-ordinat emas saya ditanam dan berikan ko-ordinat dimana saya berhenti sewaktu dalam perjalanan kesana.

      P.S.
      Kelajuan - x1
      Untukpengiraan yang lebih pantas, anda boleh menggunakan kalkulator ini
      travian.kirilloid.ru/distance.php

      Anda boleh membincangkan peraduan ini disini


      Hadiah:
      3x30 emas untuksetiap pemain, dipilih secara rawak dari jawapan yang betul.

      Peraduan ini akan berlangsung pada:
      Bermula: 05.10 16:00GMT+8
      Berakhir: 09.10 at16:00 GMT+8
    • Iman wrote:


      Pemain yang dikasihi,

      Baru-baru ini ahli sejarah kami telah menemui cebisan perkamen yang menarik dan mengandungi maklumat mengenai peti harta karun, dicuri daripada Natar dan tersembunyi didalam peta Travian. Sebahagian dokumen ini telah rosak teruk, dan sesetengah perkataan telah hilang, bagaimanapun, kami berjaya untuk menyahkod sebahagian dari maklumat tersebut.

      Berikut adalahmaklumat yang diperolehi:
      Saya memulakanperjalanan dari koordinat kosong (0|0). Dalam usaha untuk menghapuskan jejak saya sering menukar kelajuan perjalanan dan arah. Oleh itu, mula-mula saya menunggang ke Timur selama 1 jam dengan kelajuan paladin, kemudian bertukar ke arah Utara dan mengembara dengan tarbil api selama 5 jam. Kemudian saya menghala ke Barat dan mengembara sebagai penunggang Druid selama 2 jam. Saya menyertai sekumpulan peneroka yang menghala kearah Selatan dan mereka mengizinkan saya untuk menumpang dan berehat didalam gerabak mereka selama 9 jam. Sekumpulan Askar Belantan menuju ke Timur merupakan peneman saya untuk 6 jam berikutnya. Apabila mereka sampai ke destinasi, saya menukar sedikit emas kepada perak dan membeli seekor Kuda Perang dalam lelongan disitu. Jadi, saya bertukar arah ke Selatan dan menunggang kuda yang cantik ini selama satu jam dengan kelajuan Wira Rom.Di pertengahan jalan kami bertemu dengan seorang senator, tetapi sedang kami telah ke arah Barat selama 15 minit beliau memutuskan bahawa beliau mungkin boleh merampas emas saya dan mengarahkan pengawalnya untuk membunuh saya, dan ini menyebabkan saya lari lintang pukang dalam tempoh sejam menghala ke Selatan dengan kelajuan Peninjau. Akhirnya saya kehilangan tenaga dan menanam emas saya disitu.

      P.S.
      Kelajuan - x1
      Untukpengiraan yang lebih pantas, anda boleh menggunakan kalkulator ini
      travian.kirilloid.ru/distance.php

      Anda bolehmembincangkan peraduan ini disini


      Hadiah:
      3x30 emas untuksetiap pemain, dipilih secara rawak dari jawapan yang betul.

      Peraduan ini akan berlangsung pada:
      Bermula: 05.10 16:00GMT+8
      Berakhir: 09.10 at16:00 GMT+8
      0|0 Bermula
      0|10 ke timur (paladin : 10 petak sejam x 1 jam)
      0|25 ke utara (tarbil api : 3 petak sejam x 5 jam)
      -32|25 ke barat (penunggang druid : 16 petak sejam x 2 jam)
      -32|70 ke selatan (peneroka : 5 petak sejam x 9 jam)
      10|70 ke timur (askar belantan : 7 petak sejam x 6 jam)
      10|63 ke selatan (wira rom : 7 petak sejam x 1 jam)
      9|63 ke barat (senator : 4 petak sejam x 15 minit)
      9|54 ke selatan (peninjau : 9 petak sejam x 1 jam)

      Emas ditanam di koordinat (9|54)

      ID : saitama
      server : ts19.travian.com.my (my19 - fire and sand)
      email : aminharilz@gmail.com
    • Jawapan saya:


      Berikut adalahmaklumat yang diperolehi:
      Saya memulakanperjalanan dari koordinat kosong (0|0). Dalam usaha untuk menghapuskan jejak saya sering menukar kelajuan perjalanan dan arah.

      Oleh itu, mula-mula saya menunggang ke Timur+ selama 1 jam dengan kelajuan paladin, (10|0) *

      kemudian bertukar ke arah Utara dan mengembara dengan tarbil api selama 5 jam. (10|15) **

      Kemudian saya menghala ke Barat- dan mengembara sebagai penunggang Druid selama 2 jam. (-22|15) **

      Saya menyertai sekumpulan peneroka yang menghala kearah Selatan- dan mereka mengizinkan saya untuk menumpang dan berehat didalam gerabak mereka selama 9 jam. (-22|-30) **

      Sekumpulan Askar Belantan menuju ke Timur+ merupakan peneman saya untuk 6 jam berikutnya. (20|-30) **

      Apabila mereka sampai ke destinasi, saya menukar sedikit emas kepada perak dan membeli seekor Kuda Perang dalam lelongan disitu. Jadi, saya bertukar arah ke Selatan- dan menunggang kuda yang cantik ini selama satu jam dengan kelajuan Wira Rom. (20|-52)

      Di pertengahan jalan kami bertemu dengan seorang senator, tetapi sedang kami telah ke arah Barat- selama 15 minit beliau memutuskan bahawa beliau mungkin boleh merampas emas saya dan mengarahkan pengawalnya untuk membunuh saya, (19|-52)

      dan ini menyebabkan saya lari lintang pukang menghala ke Selatan- dengan kelajuan Peninjau. Akhirnya saya kehilangan tenaga dan menanam emas saya disitu.(19|-52-?),

      berapa lama lari macam peninjau?
      kalau satu jam ke selatan = (19|-61)



      (19|-61) *assuming satu jam berlari dengan kelajuan peninjau.

      The post was edited 3 times, last by amroll: betulkan kiraan ().

    • 0,0 - ke timur (kelajuan Paladin) 1 jam - [10,0]
      10,0 - ke utara (Kelajuan Tarbil Api ) - 5 jam - [10,15]
      10,15 - ke barat (kelajuan driud) - 2 jam [-22,15]
      -22,15 - ke selatan (kelajuan peneroka) - 9 jam [-22,-15]
      -22,-15 - ke timur (kelajuan belantan) - 6 jam [20,-15]
      20,-15 - ke selatan (kelajuan wira rom + kuda perang ) - 1 jam [-20,-37]
      20,-37 - ke barat (kelajuan senator) - 15 minit [19,-37]
      19,-37 - ke selatan (kelajuan peninjau) - 1 hour - [19,-46]

      my answer : 19,-46 Brundisium

      The post was edited 3 times, last by MAleficar ().

    • Tempat Emas ditanam dalam tanah di koordinat (19,-64)

      Saya bermula dari kampung Pemburu Main Akaun Banyak dalam satu server (0,0) dengan menaiki kuda Paladin ke koordinat (10,0).
      Kemudian setelah kuda saya kepenatan,saya singgah di bengkel untuk paw kenderaan tarbil api supaya saya senang nak tembak kampung Gaul yang semak menghalang jalan di koordinat (10,15). Selepas kampung Gaul tersebut tinggal tanda [?] saya mencuri seekor penunggang Druid yang hebat dalam pertahanan lalu menuju ke koordinat (-22,15).

      Di kampung tersebut saya terserempak dengan sekumpulan peneroka yang hebat dalam membuka kampung baru walaupun hanya bertiga, mereka merancang untuk membuka kampung baru di kawasan hutan tebal (-22,-30) yang sumber oasisnya 150% crop. Baru je siap mereka buka kampung baru 15c dah kena tibai dengan sekumpulan belantan. Dengan kekuatan yang ada pada saya mereka tunduk dan setuju untuk menjadi teman perjalanan saya. Kami menuju ke pusat bandaraya travian di (20,-30) untuk menukar emas kepada perak di pejabat pertukaran bagi memudahkan saya untuk bid Kuda Perang yang cantik dengan kelajuan 400 horsepower.

      Kemudian di pertengahan perjalanan kami setelah menunggang selama sejam di kampung (20,-47) kami terserempak se batalion askar yang mengiringi senator yang sombong lagi riak takbur. Pada mulanya saya membodek senator tersebut dengan kata-kata manis dan projek juta2 membuatkan dia mahukan saya mengikuti rombongan mereka.Tak sampai 15minit perjalanan ,di koordinat (19,-47) tiba-tiba kantung emas saya terjatuh dan ketul2 emas terkeluar membuatkan senator tersebut kelabu mata nak emas saya. Dalam kekalutan semasa bertempur dengan mereka, askar belantan yang mengiringi saya mengarahkan saya melarikan diri sementara mereka mengalihkan perhatian, dengan menggunakan skill askar peninjau dan kage bunshin no jutsu yang saya pelajari di kampung Konoha saya meloloskan diri menuju ke hutan.. Setelah sejam berjalan saya kepenatan dan terjatuh di koordinat (19,-64)..

      Dengan saki baki tenaga yang ada pada saya, saya menanam emas tersebut di koordinat (19,-64)..
      Tak banyak pun..30 ketul emas je saya tanam bagi setiap lubang..
      Ada 3 lubang saya tanam di koordinat tersebut..
      Sapa cepat dia dapat laa..

      Nak emas yang lebih?
      Topup lah.. RM50 untuk 500 emas.. Murah2 je..
      Guna CimbClicks senang.. :p


      jangan marah admin.. hihi