Aplikasi yang dibenarkan.

    Would you like to know what’s going on in the Tournament 2017 Finals?
    Keep yourself updated by reading "The Corner"!

    • Aplikasi yang dibenarkan.

      Pemain yang dikasihi!

      Baru-baru ini kami menerima banyak soalan berkenaan aplikasi Travian yang boleh digunakan pada telefon bimbit. Terdapat beberapa sebab mengapa kami masih belum menerbitkan aplikasi rasmi untuk permainan kami. Didalam episode pertama video #AskTravian kami, Game Director kami telah menjawab soalan ini dan menerangkan kesukaran yang dihadapi oleh Travian: Legends, apabila kita bercerita tentang applikasi dengan fungsi merentas platform sepenuhnya. Kami ingin menjelaskan bahawa kami memahami kepentingan soalan tersebut dan pada masa ini pasukan pembangun kami sedang bekerja keras untuk mengadaptasikan permainan ini kedalam pelayar telefon bimbit.

      Bagaimanapun, kami ingin memaklumkan kepada anda, terdapat 2 aplikasi yang diterima oleh permainan kami.

      Ianya adalah:
      1. Travile - untuk iPhone
      2. TravMobi - untuk Android


      Selagi aplikasi tersebut tidak ditambah fungsi, yang membolehkan sesuatu yang tidak boleh dibuat melalui computer anda dengan pelayar biasa, atau mengautomasikan sesuatu tindakan yang dikira sebagai skil pemain (seperti menghantar gelombang serangan 1 saat dll), aplikasi tersebut dibenarkan.

      Mana-mana aplikasi lain adalah dilarang sama sekali dan boleh menyebabkan larangan serta merta dengan hukuman berkaitan.

      Sekiranya status aplikasi tersebut berubah pada masa hadapan atas apa-apa sebab, kami akan memberitahu pemain dengan serta-merta supaya mereka boleh berhenti menggunakan aplikasi tersebut dan menyesuaikan permainan mereka mengikut peraturan permainan.


      Pasukan Travian: Legends Anda

      The post was edited 1 time, last by Iman ().