Musim sejuk telah tiba...

    This site uses cookies. By continuing to browse this site, you are agreeing to our Cookie Policy.

    Would you like to know what’s going on in the Tournament 2017 Finals?
    Keep yourself updated by reading "The Corner"!

    • Musim sejuk telah tiba...

      Angin dari Utara pada tahun ini sangat kuat, membawa cuaca dingin dari puncak salji yang mengelilingi lembah. Bahkan veteran perang Travian pertama, yang tujuan utamanya kini adalah berkumpul di unggun api dan menceritakan kisah perang diantara satu sama lain, tidak pernah merasai seperti itu. Dunia sudah berubah..





      Bersambung...
    • Selama tiga hari, badai salji terus berlarutan, mengunci penduduk di rumah mereka dan membuat mereka takut dengan kehidupan mereka. Apabila ianya berhenti, seluruh dunia menjadi putih dilitupi salji. Kanak-kanak, walaupun berisiko terkena embun beku, dengan segera membangunkan benteng salji dan mengatur pertempuran salji, namun bagi orang yang dewasa mereka mengerutkan kening, memandang sesama mereka dan - sekarang jelas - langit. Ada yang tidak selesai, ada yang masih hilang ...




    • Hari ini, para utusan pertama berjaya melalui puncak-puncak bersalji, mengumumkan berita yang telah jelas: orang-orang, didorong cuaca yang melampau dan takut akan kebuluran yang teruk, mula bersedia untuk satu lagi peperangan untuk menetapkan kawalan ke atas kubu kuat terakhir Natar. Semua orang tahu - bahawa, siapa yang pertama membina Keajaiban Dunia, akan mendapat kekuatan dari kuasa artifak mereka.



      Display Spoiler
      Ya betul! Pada awal 2018 nanti akan ada dunia permainan istimewa untuk merayakan permulaan tahun baru, nantikan maklumat lebih lanjut. Apa yang pasti: akan ada Keajaiban Dunia!



    • Dan hanya ketika musuh pertama melihat pengintip di lembah, mereka menyedari bahawa mereka salah dalam ramalan mereka: ini tidak akan menjadi perang yang biasa bagi Keajaiban Dunia. Walaupun dari kejauhan, mereka boleh melihat dengan jelas pengembara yang sangat tampan dengan kuda yang sangat cepat, ditemani helang, yang lenyap ke udara sepantas ia muncul. Khabar angin, yang sudah mula tersebar, sekarang telah disahkan: kali ini puak baru tidak akan menjauhkan diri, malahan akan menyertai peperangan!



      Display Spoiler
      Server istimewa Tahun Baru akan melihat 5 puak berjuang untuk Keajaiban Dunia dan bukan 3 puak yang biasa! Kami telah mendengar permintaan Anda, dan inilah hadiah kami untuk memulakan yang terbaik untuk tahun baru ini!

      The post was edited 1 time, last by Iman ().




    • Tapi kenapa? Mengapa dua puak dari Selatan, yang seperti tidak berminat dengan legasi Natar, memutuskan untuk menyertai peperangan? Jawapannya tiba dengan utusan rasmi terakhir, atas sebab yang mengganggu tetapi mudah: cuaca yang sejuk, yang membawa begitu keseronokan untuk kanak-kanak di lembah, mempunyai kesan yang buruk untuk keluasan tanah yang subur. Bahagian didunia yang berdekatan dengan glasier menjadi tidak sesuai untuk habitat manusia, membuatkan orang perlu berhijrah dan bertarung untuk kelangsungan hidup mereka. Ini akan menjadi peperangan yang sangat sengit. Peperangan untuk kelangsungan hidup.


      Dan kini hanya satu soalan terakhir yang tidak terjawab: puak manakah yang ANDA akan sokong untuk terus hidup?


      Display Spoiler
      Pelayan Istimewa Tahun Baru akan menggunakan peta rata standard dengan saiz 501x501 berbanding peta 801x801

      The post was edited 1 time, last by Iman ().