Peraduan - Tawaran Perdamaian!!!

    By using our site, you accept the use of cookies to make your visit more pleasant, to offer you advertisements and contents tailored to your interests, to allow you to share content on social networks, and to create visit statistics for website optimisation. More information

    The Tournament 2018 Qualification has started!
    Don't miss Safiren's Corner!

    The dev diary about The Journey of a bug is now available!
    Don't miss it: Dev Diary: The Journey Of A Bug
    Comments or questions? Discuss it here!

    • Peraduan - Tawaran Perdamaian!!!



      Pemain yang dikasihi!

      Sudah menjadi tradisi turun temurun di tanah Travian: jika seseorang hendak membuat tawaran keamanan, mereka akan menghantar merpati berserta dahan pohon zaitun dan mesej yang baik kepada bekas musuh.

      Hari ini kami amat bergembira untuk mengumumkan pertandingan tawaran keamanan!

      Bagaimanakah anda membuat tawaran perdamaian kepada orang itu (atau mungkin ke persekutuan) dengan siapa yang anda sentiasa saling serang menyerang?Pernahkah anda melakukannya didalam permainan? Apakah cara yang boleh menjadi cara yang paling luar biasa untuk menawarkan keamanan?

      Hantarkan tawaran perdamaian anda kesini sehingga 16/02/2018 jam 5 petang GMT+8, dan dapatkan peluang untuk memenangi hadiah menarik. Setiap pemain boleh menyertai peraduan ini lebih dari sekali, tetapi hanya akan memenangi satu hadiah.

      Maklumat Peraduan:


      Tarikh/Masa bermula:13.02.2018 – 5:00 p.m GMT+8
      Tarikh/Masa berakhir:16.02.2018 – 5:00 p.m GMT+8
      Pengumuman Pemenang:16.02.2018
      Pemenang dipilih:Oleh Pasukan Travian
      Hadiah Pertama100 Emas
      Tempat kedua dan ketiga50 Emas
      Hadiah tambahan+ 30 emas untuk pos yang menerima paling banyak like di akhir peraduan.
      To be entitled to win you need to: Tulis nama pemain anda dan pelayan yang dimainkan bersama-sama dengan mesej yang anda hantarkan bersama jawapan anda.
      Baucer sah di domain:Komuniti MY
      Baucer sah sehingga31/12/2019



      Hantarkan seberapa banyak penyertaan dan selamat maju jaya!

      Tulus ikhlas,
      Adam
    • Nama pemain : zuraidah
      Pelayan : my29 (special new year)


      Tawaran Perdamaian

      Kepada Jeneral Samad,

      Merujuk perkara diatas , sudah hmpir 1 bulan kita berperang.Banyak tentera telah terkorban , banyak bahan mntah telah dirugikan. Ini telah membantutkan pertumbuhan populasi kampung. Emosi kita juga berada dalam keadaan tidak terkawal, marah, hampa, sedih dan stress .

      Bagi mengurangkan keburukan-keburukan diatas untuk terus menular . Saya zuraidah, sebagai jiran anda 2 kotak disebelah anda memohon untuk perdamaian gencatan senjata bermula hari ini 14 feb 2018 sehingga mana-mana antara kita melanggar perjanjian.

      Dengan ini, banyak faedah akan dieperolehi , terutama mempercepatkan pembangunan kampung, meningkatkan populasi tentera, penjimatan resources dan yang pling penting emosi terkawal.

      Sekiranya tuan berminat dengan tawaran ini boleh la hantarkn surat penerimaan perjanjian gencatan senjata ASAP.

      Terima kasih ,
      Zuraidah
    • Nama pemain : ahmadmorse
      Pelayan : special new year my29


      :item04: Tawaran Perdamaian

      Kepada Semua Pemain Travian,

      Sempena CNY yang akan disambut oleh rakyat Malaysia marilah kita semua mengadakan perdamaian.

      Disini saya mencadangkan GENCATAN SENJATA BESAR BESARAN untuk memberi laluan kepada mereka2 yg menyambut CNY. Indahnya waktu bersama keluarga dimusim Perayaan.

      :D :D :D :D :D

      Sama2lh kita bantu membantu membangunkan wilayah2 dan persekutuan ada.


      Travianers,

      :egy02: :egy02: :egy02: :egy02: :egy02: :egy02:
      :hun11: AhmadMorse :hun11:
      :egy02: :egy02: :egy02: :egy02: :egy02: :egy02:
    • Nama pemain : MoMo_RoZu
      Pelayan : my29 (special new year)

      :rep01: Tawaran Perdamaian :rep01:

      Kepada Jiran Tertangga,

      Meskipun kalian tidak pernah menyerang saya, saya ingin merafak seribu kasih sayang agar hubungan yang baik ini beterusan dan kita tidak perlulah berperang sesama sendiri waima sudah terang lagi bersuluh persekutuan kita tidak sebulu namun ingatlah kita masih serumpun umpama Malaysia dan Indonesia, Korea Utara dan Korea Selatan.

      Jadi saya menyeru, marilah bersama untuk teruskan kedamaian yang kita telah kecapi sejak terwujudnya dunia my23 ini.

      Akhir kalam, Majukanlah Kampung Anda Menunggu Tika Peperangan Yang 1 Bakal Muncul Kelak.

      Yang Benar,
      MoMo_RoZu
    • Pemain yang dikasihi,

      Setelah menimbang dan menyukat, berikut adalah pemenang bagi peraduan ini:

      Tempat pertama :
      MoMo_RoZu

      Kedua : zuraidah
      Ketiga : ahmadmorse

      Tahniah diatas pemenang dan pasukan sokongan akan menghubungi anda untuk memberikan hadiah tersebut. Sekian

      The post was edited 1 time, last by Iman ().

    • Franora wrote:

      yg pling banyak like ada tak adiah..
      Setiap pemain boleh menyertai peraduan ini lebih dari sekali, tetapi hanya akan memenangi satu hadiah. Tujuannya supaya jika ada mana-mana post yg tidak memenangi pertandingan tetapi mempunyai banyak penyokong akan mendapat sedikit ganjaran. Sekian :)