Peraduan: Harta Karun Terhebat!

    • Peraduan: Harta Karun Terhebat!




      .. Beberapa tahun kemudian, dia masih teringat malam itu dengan jelas seolah-olah ia telah berlaku hanya sehari sebelumnya. Roh api, menari di atas bumbung, jeritan orang yang ketakutan, tersekat di rumah mereka disebabkan oleh api, asap besar melonjak tinggi ke langit gelap. Dan dia, anak lelaki berusia 8 tahun, yang baru saja menemui harta karun terhebat yang akan mengubah hidupnya selamanya...



      Pemain yang dikasihi. Gunakan kreativiti anda dan bayangkan siapakah budak tersebut, apakah yang telah beliau jumpai, bila, dimana dan mengapa kebakaran tersebut berlaku. Tuliskan karangan anda dibawah. Ia tidak seharusnya cerita yang lengkap, hanya jangkaan anda berdasarkan gambar dan teks diatas. Panjang optimum jawapan adalah 2-3 ayat.


      Maklumat terperinci mengenai hadiah dan peraduan

      Maklumat Peraduan:

      Tarikh/Masa Mula:
      28.02.2018 – 18:00 GMT+8
      Tarikh/Masa Akhir:
      06.03.2017 – 18:59 GMT+8
      Pemenang diumumkan:
      07.03.2018
      Pemenang dipilah:
      Mengikut Juri Pasukan Forum
      Hadiah Pertama
      100 Emas
      Hadiah Kedua
      50 Emas
      Hadiah Ketiga
      50 Emas
      Vaucher sah di domain
      Komuniti MY
      Vaucher sah sehingga
      31/12/2019



      Sekian.

      Tulus ikhlas,
      Pasukan Sokongan
    • .. Beberapa tahun kemudian, dia masih teringat malam itu dengan jelas seolah-olah ia telah berlaku hanya sehari sebelumnya. Roh api, menari di atas bumbung, jeritan orang yang ketakutan, tersekat di rumah mereka disebabkan oleh api, asap besar melonjak tinggi ke langit gelap. Dan dia, anak lelaki berusia 8 tahun, yang baru saja menemui harta karun terhebat yang akan mengubah hidupnya selamanya...

      Constantine XI Palaiologos menjumpai sebuah harta karun yang tidak pernah dilihatnya seumur hidup walaupun di ibu kota yang menyimpan segala rahsia keajaiban dunia. Saat dan detik pembukaan harta karun itu mengubah hidupnya kerana dia menjumpai sebuah telefon bimbit Nokia 3310 yang telah ditinggalkan bersama nombor telefon 3 manusia terkuat dunia ketika itu iaitu Adolf Hitler, Mahatma Gandhi dan Badang. Tanpa membuang masa, Constantine XI Palaiologos memilih untuk menelefon Badang kerana produk TERLAJAK LARIS yang membuat musuh gembira dan khayal sekaligus askar-askar Rom dapat menyerang balas.

      Sekian penceritaan semula batu bersurat yang telah lama hilang dan dijumpai kembali di planeterium negara.
    • Iman wrote:




      .. Beberapa tahun kemudian, dia masih teringat malam itu dengan jelas seolah-olah ia telah berlaku hanya sehari sebelumnya. Roh api, menari di atas bumbung, jeritan orang yang ketakutan, tersekat di rumah mereka disebabkan oleh api, asap besar melonjak tinggi ke langit gelap. Dan dia, anak lelaki berusia 8 tahun, yang baru saja menemui harta karun terhebat yang akan mengubah hidupnya selamanya...



      Pemain yang dikasihi. Gunakan kreativiti anda dan bayangkan siapakah budak tersebut, apakah yang telah beliau jumpai, bila, dimana dan mengapa kebakaran tersebut berlaku. Tuliskan karangan anda dibawah. Ia tidak seharusnya cerita yang lengkap, hanya jangkaan anda berdasarkan gambar dan teks diatas. Panjang optimum jawapan adalah 2-3 ayat.


      Maklumat terperinci mengenai hadiah dan peraduan

      Maklumat Peraduan:

      Tarikh/Masa Mula:28.02.2018 – 18:00 GMT+8
      Tarikh/Masa Akhir:06.03.2017 – 18:59 GMT+8
      Pemenang diumumkan:07.03.2018
      Pemenang dipilah:Mengikut Juri Pasukan Forum
      Hadiah Pertama100 Emas
      Hadiah Kedua50 Emas
      Hadiah Ketiga50 Emas
      Vaucher sah di domainKomuniti MY
      Vaucher sah sehingga31/12/2019


      Sekian.

      Tulus ikhlas,
      Pasukan Sokongan
      Dan dia, anak lelaki berusia 8 tahun, yang baru saja menemui harta karun terhebat yang akan mengubah hidupnya selamanya...sebuah gua dalam hutan yang penuh dengan emas, dan sebuah mesin yang tidak sepatutnya muncul pada zamannya. Ali Baba cuba untuk mengawal mesin tersebut, tetapi malangnya dia telah gagal. Mesin itu menukarkannya kepada suatu binatang yang bersaiz besar dan pandai mengeluarkan api. Apabila tiba di kampung halamannya, dia telah diserang orang-orang kampung, atas kemarahannya terhadap serangan itu, dia telah mengeluarkan api dari mulutnya menyerang orang kampung sekaligus membakar semua rumah-rumah dan bangunan-bangunan.
    • Adalah diumumkan bahawa pemenang untuk pertandingan ini adalah:

      Tempat Pertama : esaltouch

      Tempat kedua: pph

      Tahniah kepada peserta yang berani untuk menyertai peraduan ini. Sila email ke admin@travian.com.my untuk penebusan hadiah. Berikan nama akaun forum anda dalam email itu. Selamat maju jaya!

      Tulus ikhlas,
      Adam

      The post was edited 1 time, last by Iman ().