Hari 3 - Bahagian Dalam Tempat Suci

    By using our site, you accept the use of cookies to make your visit more pleasant, to offer you advertisements and contents tailored to your interests, to allow you to share content on social networks, and to create visit statistics for website optimisation. More information

    • Hari 3 - Bahagian Dalam Tempat Suci



      Mengejutkan, bahagian dalaman tempat suci sangat kecil dan – berbanding bilik lain – tidak dihiasi langsung. Bilik kosong dengan marmar batu tengah yang didirikan tiga botol - satu kuning, satu merah, dan satu biru - termasuk beberapa inskripsi. Patung Nefertum - lelaki dengan teratai - menjaga mereka.


      "Ini adalah botol kematian yang tulin. "Nefertari menjelaskan dengan berhati-hati, dan Mark, yang sedang hendak mengambil botol merah untuk membaca apa yang ditulis, dengan segera menarik tangannya semula. "Jangan jatuhkannya. Dua dari botol ini mengandungi penyakit yang sangat bahaya hinggakan semua yang berada berhampiran boleh maut dalam masa yang singkat. Masih tidak terdapat penawar untuk penyakit tersebut, tetapi selagi mereka dikunci didalam botol, ianya tidak boleh menjangkiti manusia. Botol yang satu lain mengandungi penawar untuk penyakit tersebut. Jika kita menuangnya ke sungai Nil, kita boleh meneutralkannya, dan air sungau akan merebakkan penawar tersebut ke serata dunia.


      Botol seperti ini hanya dibuat oleh dua rahib besar Nefertum, Nil dan Menes. Kami tahu bahawa Nil selalu hanya meletakkan kenyataan benar mengenai botol yang telah dibuatnya, dan Menes menuliskan kenyataan palsu. Kita perlu mencari botol betul dengan penawar." Inilah yang ditulis pada setiap botol.


      Botol kuning
      Botol biru
      Botol merah
      Penawar ada disini.
      Penawar ada disini.
      Sekurang-kurangnya terdapat 2 botol disini yang dibuat oleh Menes.




      Botol manakah yang mengandungi penawar?


      Tugasan: Untuk tugasan ini, anda perlu memeriksa dibotol manakah penawar tersebut dan BUKTIKAN IA melalui sebab munasabah dalam pos anda.