Artifak dan pelayan Istimewa Tahun Baru

    This site uses cookies. By continuing to browse this site, you are agreeing to our Cookie Policy.

    We've implemented the New Combat Simulator and combat reports on the PTR server.
    Check it out and provide your feedback here!

    • Artifak dan pelayan Istimewa Tahun Baru

      Pemain yang dikasihi,

      Seperti yang anda ketahui, sesuatu tidak berjalan seperti yang dirancang dengan kemunculan Artifak di pelayan Istimewa Tahun Baru.
      Kampung Artifak muncul dengan pertahanan yang agak lemah berbanding di pelayan biasa. Kami mahu lebih terbuka dalam isu ini.

      Sewaktu kami mengaktifkan puak baru, puak Natar telah terlepas pandang fakta bahawa, puak Hun dan puak Mesir juga akan mengambil bahagian dalam pertempuran untuk legasi mereka. Oleh itu, untuk pertahanan Artifak mereka hanya mengira kekuatan Gaul, Teuton dan Penyerang Rom, tetapi tidak mengira puak Hun dan puak Mesir. Ini akan ditukar pada masa selepas Artifak disebarkan dan sebelum Pelan Pembinaan dibebaskan, supaya puak Natar akan memberikan tentangan yang lebih sengit untuk Pelan Pembinaan.

      Kami memohon maaf atas kesulitan ini dan mengesyorkan anda untuk menyesuaikan taktik anda kepada keadaan terbaru ini.

      Tulus ikhlas,
      Pasukan Travian Legend Anda