Pinned Arkib forum akan kembali tidak lama lagi!

    The Tournament 2018 Qualification starts on the 13th June 2018!
    Don't miss Safiren's Corner!

    Dear players. Read important info about global maintenance. Please, make sure to accept new Terms and Conditions in accordance with the new GDPR law to be able to continue playing. More information here.

    • Arkib forum akan kembali tidak lama lagi!

      Pemain yang dikasihi,
      Kami tahu bahawa telah lama anda menunggu berita ini, sebahagian dari anda hampir putus harapan yang ianya akan berlaku. Kami ingin memohin maaf diatas kelewatan dan kerana kami belum memberikan maklumat rasmi berkenaan tarikh arkib akan dikembalikan. Tujuan utamanya kerana pengenalan undang-undang baru GDPR pada bulan Mei, adalah keutamaan utama Jabatan Penyelesaian kami (seperti yang berlaku kepada semua syarikat Eropah pada masa ini), untuk mengadaptasi sistem dan infrastrukturnya supaya mematuhi undang-undang baru ini. Ianya adalah proses yang panjang dan rumit. Kami tidak mahu memberikan anda maklumat tidak tepat dan oleh itu terpaksa menunggu sehingga kita mempunyai gambaran yang jelas mengenai situasi ini atau sekurang-kurangnya ETA.

      Sekarang fasa penyediaan hampir berakhir, kami sangat gembira untuk mengumumkan, bahawa arkib forum lama akan kembali ke dalam talian! Arkib lama tersebut akan kembali pada akhir bulan Mei. Ianya akan tersedia dalam mode baca-sahaja. Tiada pendaftaran dan tiada login dibolehkan, dan anda hanya boleh menyemak imbas, tetapi tidak dapat mengubah apa-apa. Sejurus selepas kami mengetahui tarikh akhir, kami akan mengumumkannya didalam forum ini dan memberikan anda pautan ke arkib lama anda.

      Terima kasih atas kesabaran dan sokongan anda. Kami tidak sabar untuk melihat anda kembali medapatkan sejarah!

      Tulus ikhlas,
      Pasukan Travian Anda