Perubahan Terma dan Syarat Permainan

    By using our site, you accept the use of cookies to make your visit more pleasant, to offer you advertisements and contents tailored to your interests, to allow you to share content on social networks, and to create visit statistics for website optimisation. More information

    Important reminder! On Tuesday, 28th August 2018 at 10:00 UTC we will ask you to accept the new Terms and Conditions while logging in your game account. Only the owner of the account will be able to accept them. The sitters won't be able to enter the account until the owner accept them.

    More information here.

    • Perubahan Terma dan Syarat Permainan

      Pemain yang dikasihi,

      Pada 05.03.2018 kami telah mengemaskini Terma dan Syarat untuk membolehkannya mematuhi General Data Protection Regulation (GDPR) yang baru. Untuk memenuhi keperluan ini, anda perlu menerima versi terbaru dokumen ini.

      Bila: 28/08/2018 pada 4 pm GMT+8

      Apa akan berlaku pada hari itu?

      Kami akan menghantar mesej roll out, dimana kami akan meminta anda untuk menerima Terma dan Syarat yang baru. Sejurus selepas anda klik penerimaan, anda boleh meneruskan permainan seperti biasa. Tiada langkah lain diperlukan. ThisLangkah ini perlu dilakukan di setiap dunia permainan yang anda mainkan sebelum 28.05.2018 dimana anda mempunyai akaun yang aktif.

      Penting! Hanya mereka yang log masuk sebagai pemilik akaun yang boleh bersetuju dengan Terma dan Syarat baru. Ini bermaksud, penjaga tidak boleh melaksanakan tugas sebagai penjaga selagi pemilik akaun tidak menerima Terma dan Syarat baru dan seterusnya dinyahaktifkan dengan Sistem Mesej.

      Pengecualian

      Pengumuman ini hanya untuk dunia permainan yang dilancarkan sebelum 28.05.2018. Ini adalah tarikh dimana Terma dan Syarat baru telah dimuatnaik di semua pelayan seluruh dunia. Jika anda bermain di pelayan yang bermula selepas tarikh itu, anda tidak perlu membuat apa-apa, kerana anda telah bersetuju dengan Terma dan Syarat baru.

      Apa yang kami minta anda buat?

      Jika anda bermain sebagai penjaga, sila panjangkan mesej ini kepada pemilik akaun supaya mereka sedar tentang perkara ini.
      Jika anda pergi bercuti dan tidak boleh login pada 28/08, kami menggalakkan anda menggunakan mod percutian – dengan cara ini akaun anda akan selamat dan anda tidak akan kehilangan apa-apa sejurus sahaja anda kembali dari percutian.

      Kami memberikan makluman ini lebih awal supaya proses ini berjalan lancar.

      Sebagai langkah tambahan, kami akan mengaktifkan mod 24 anti-kelaparan di semua pelayan yang bermula sebelum 28.05.2018 untuk memastikan askar anda tidak kelaparan jika anda tidak dapat online pada hari tersebut. Ini adalah langkah sekali sahaja. Jika anda mula bermain dipelayan baru selepas 28.08, anda harus menerima Terma dan Syarat seperti biasa sekali sahaja sewaktu pendaftaran.

      Terima kasih atas kerjasama anda.

      Tulus ikhlas,
      Pasukan Travian: Legends Anda