Pinned Perubahan Peraturan - Path to Pandora

    By using our site, you accept the use of cookies to make your visit more pleasant, to offer you advertisements and contents tailored to your interests, to allow you to share content on social networks, and to create visit statistics for website optimisation. More information

    • Perubahan Peraturan - Path to Pandora

      Komuniti yang dikasihi,.


      Selama hampir 3 minggu lepas, kami menerima banyak pertanyaan dari hampir kesemua domain untuk menjelaskan mengenai peraturan 1.1 secara umum dan berkenaan pelayan Path to Pandora sehingga terdapat banyak perbincangan dalaman mengenainya. Selepas pertimbangan menyeluruh pihak Game Centre memutuskan untuk membuat pengecualian untuk pelayan Path to Pandora.


      Peraturan 1.1 untuk Path to Pandora akan diubah kepada berikut:


      Edisi semasa (masih digunapakai untuk kesemua pelayan):
      § 1.1 Setiap pemain hanya boleh mempunyai dan bermain satu akaun didalam setiap dunia permainan. Akaun mestilah dimainkan untuk manfaat sendiri. Akaun yang diwujudkan untuk kepentingan akaun lain semata-mata akan dilarangkan terus.


      Path to Pandora: (akan menggantikan peraturan 1.1)
      § 1.1.1 Setiap pemain hanya boleh mempunyai dan bermain satu akaun didalam setiap dunia permainan. Penaklukan persahabatan kepada kampung pemain lain adalah dibenarkan.


      Kami faham kepentingan perubahan tersebut tetapi kami ingin mencubanya. Kami berjanji untuk meneruskan pembaikan peraturan permainan secara umum untuk menjadikannya penuh, komprehensif dan sentiasa dikemaskini serta memaklumkan sebarang perubahan lebil awal. Terima kasih sekali lagi diatas maklumbalas anda. Sekian


      Tulus ikhlas,
      Pasukan Travian: Legends anda