Hari 3: Kampung yang Terbiar

    By using our site, you accept the use of cookies to make your visit more pleasant, to offer you advertisements and contents tailored to your interests, to allow you to share content on social networks, and to create visit statistics for website optimisation. More information

    • Hari 3: Kampung yang Terbiar

      Kepada Maharaja Agung,


      Sesuatu yang aneh terjadi pagi ini. Saya sedang berehat di kampung kecil ini, cuba mencari lebih banyak maklumat berkenaan puak-puak lain sebelum saya pulang. Pada ketika itulah saya ternampak seorang druid tua menghala ke sebuah rumah dalam kejiranan tersebut. Sejurus selepas beliau memasuki bangunan tersebut, angina kelabu yang penuh debu tiba-tiba melanda entah dari mana dan kampung tersebut bertukar menjadi kampung Natar. Pada mulanya, saya tidak merasa sesuatu yang luar biasa – saya pernah melihat transformasi tersebut sebelum ini. Bagaimanapun, kampung tersebut adalah kampung kita untuk beberapa minit sahaja, dan ianya kembali kepada kampung asal seperti tiada apa-apa yang berlaku. Saya mengesyaki bahawa ianya berkait rapat manipulasi druid kuno dan meminta Nenet untuk meninjau rumah itu secara rahsia. Apa yang dibawakan Nenet membuat darah saya bergelodak. Ianya adalah sekeping perkamen dengan satu baris ayat: “The First Craftsman's Diary”. Bukankah ianya nama sebuah buku yang dihormati oleh nenek moyang yang paling besar, pencipta artifak yang paling dahsyat masa lalu? Saya teringat mengenai legenda berkenaan diari, dimana digambarkan secara terperinci bagaimana untuk membuat artifak yang berkuasa. Ilmu yang kami percaya telah hilang selamanya rupa-rupanya berada disini, ditanah tandus ini. Dan terdapat orang lain juga yang mencari pengetahuan tersebut. Saya memeriksa perkamen tersebut dan hanya selepas itu saya perasan sesuatu di sudut bahagian belakang, Apakah bendanya itu? Adakah ia klu?


      Tugasan: Apakah imej yang dipaparkan?