Hari 5: Labirin Tukang Pakar

    By using our site, you accept the use of cookies to make your visit more pleasant, to offer you advertisements and contents tailored to your interests, to allow you to share content on social networks, and to create visit statistics for website optimisation. More information

    • Hari 5: Labirin Tukang Pakar

      Kepada Maharaja Agung,


      Seperti yang anda ketahui dalam perjalanan saya yang lepas, gunung berapi yang pertama itu bukanlah gunung berapi yang dicari. Seterusnya saya menuju ke Syracusae. Semakin jauh saya mengembara ke selatan, lebih banyak penempatan Rom yang saya tempuhi. Jalan yang sempurna dan keupayaan pembinaan Rom yang mengagumkan membolehkan mereka membina kampung dengan pantas. Wilayah tersebut baru diduduki dan perkampungannya masih kecil.


      Gunung berapi tersebut dikelilingi oleh hutan tebal dan gunung –ganang yang tinggi; ianya mungkin sangat sukar untuk kesana tanpa peneman saya yang setia. Beberapa kali, dia mendapati laluan saya melalui hutan tebal yang seolah-olah tidak dapat ditembusi. Jalannya begitu panjang dan saya mula berasa letih. Akhirnya, saya mendaki gunung terakhir hanya untuk menemui halangan terhebat yang perlu saya tempuhi. Ya, Tukang Pakar Pertama sesungguhnya pernah tinggal disitu untuk beberapa ketika. Labirin tersebut hanya boleh dibina oleh beliau!


      Tanda pada labirin tersebut ditulis menggunakan huruf lama kita dan mengandungi sedikit maklumat:

      • Labirin tersebut penuh dengan perangkap maut, tetapi terdapat laluan selamat melaluinya. Peninjau yang prihatin akan melihat beberapa slab yang membentuk lantai labirin ini mengandungi gambar kayu, tanah liat, dan besi.
      • Anda perlu meneruskannya mengikut susunan yang betul (Kayu, tanah liat, besi, kayu, tanah liat, besi, dan seterusnya).
      • Untuk mencapai jalan keluar dengan selamat, anda perlu melangkah pada imej-imej ini sebanyak 17 kali keseluruhannya, mengikut urutan yang betul.
      • Anda perlu melalui sebahagian slab sebanyak dua kali. Bagaimanapun, anda tidak boleh mengelak mana-mana imej atau berpatah semula. Sejurus sahaja anda melangkah ke slab dengan imej, anda hanya boleh bergerak kehadapan.

        Tugasan: Cari Laluan Tersebut