Faq penggabungan forum

    Would you like to know what’s going on in the Tournament 2017 Finals?
    Keep yourself updated by reading "The Corner"!

    • Faq penggabungan forum

      Bila?
      Penggabungan forum akan bermula pada 16 Julai dan kami menjangkakan boleh menyiapkannya pada 31 Julai.
      Apa patut saya buat sebelum penggabungan?
      Jika anda sudah lama tidak log masuk kedalam forum, anda perlu lakukannya sekarang.
      Peringatan: Kami akan memadam semua akaun forum yang tidak aktif untuk tempoh selama 365 hari (tanpa login).
      Jika anda mempunyai akaun di forum di domain berlainan, sila periksa jika ianya mempunyai alamat yang sama; dengan cara ini, semua post anda akan digabungkan.
      Sila ambil perhatian bahawa selepas penggabungan forum anda hanya akan dibenarkan menggunakan satu akaun dan tidak boleh untuk menggabungkan akaun secara manual selepas penggabungan forum selesai.
      Saya mempunyai beberapa akaun didalam forum berbeza; nickname manakah yang akan digunakan untuk saya?[FONT=&quot][/FONT]
      [FONT=&quot]Kami menggabungkan forum satu persatu; ini bermaksud anda akan mendapat nickname yang terdapat di forum yang digabungkan dahulu, dan akaun tambahan lain akan digabungkan ke nickname tersebut. Selepas penggabungan selesai, anda mempunyai peluang untuk menukar nickname anda.[/FONT]
      Bagaimana jika nickname saya telah digunakan?
      Seperti yang telah kami jelaskan dalam pengumuman, kesemua nama akaun akan menerima tag negara bagi mengelakkan berlakunya duplikasi[FONT=&quot]. Anda kemudiannya boleh menukar nickname anda kepada yang baru jika anda inginkannya. Jika pemain lain telah menggunakan nickname yang anda mahukan sebelum anda boleh menukar nickname anda[/FONT][FONT=&quot], Sila hubungi Pengurus Komuniti bagi negara anda, dan meeka akan menilai situasi tersebut dan membuat keputusan.[/FONT]
      Bagaimana untuk saya login jika tak tahu nickname mana yang telah ditetapkan untuk saya?
      Terdapat du acara untuk log masuk, samada dengan menggunakan nickname atau alamat email. Jika anda mengingatinya, anda boleh cuba untuk mendapatkan maklumat log masuk dengan menggunakan fungsi terbina dalam kami.
      Apa yang terjadi dengan kiraan post saya?
      Kami tidak akan mengimport semua mesej yang ada di forum semasa ke forum baru; Oleh itu, kiraan pos anda mungkin berbeza dari kiraan semasa. Selepas forum digabungkan sepenuhnya, kami akan mengira semula semua kaunter dan anda akan diberikan kiraan pos bergantung kepada berapa banyak pos anda yang telah dipindahkan ke forum baru. Akan ada statistik baru untuk profil, dipanggil ‘mata aktiviti’, yang juga akan dikira semula selepas penggabungan forum.
      Apakah itu mata aktiviti?
      Kami ingin menghargai ahli komuniti kami mengikut sumbangan mereka kepada komuniti ini. Untuk sebab ini, kami akan memberi penekanan pada mata aktiviti dalam profil. Anda akan diberikan 10 mata untuk setiap post baru yang anda mulakan, 5 mata untuk setiap post dalam perbincangan terbuka dan 2 mata untuk setiap 'Like' yang anda terima.
      Sila ambil perhatian: kami hanya memberikan mata didalam bahagian yang berkaitan dengan permainan, jadi bahagian seperti Sembang tidak akan menerima mata aktiviti.
      Apa akan terjadi kepada mesej peribadi saya dan nota?
      Malangnya, akan terdapat sesuatu yang tidak dapat kami selamatkan ketika penggabungan dan semua mesej serta nota peribadi anda akan hilang. Simpan semua maklumat dari mesej dan nota peribadi anda untuk simpanan sendiri.
      Bagaimana pula dengan perkara lama yang anda tidak bawa kepada forum baru?
      Kami sedang berusaha untuk penyelesaian arkib untuk versi baca sahaja forum semasa. Penyelesaian ini tidak akan tersedia terus selepas penggabungan forum, tetapi akan datang tidak lama lagi. Kami tidak mempunyai ETA lagi, tetapi kami berhasrat untuk menyelesaikannya tidak lewat dari akhir tahun ini.
      Apakah ciri-ciri pelbagai bahasa?
      Ini adalah ciri Burning Board yang memperuntukkan kandungan yang dijana pengguna kepada bahasa tertentu, membolehkan bahasa yang berbeza digunakan dalam komuniti tunggal. Forum ini akan menjadi unik dan anda tidak akan melihat mana-mana forum negara. Ini bermakna jika anda memilih lebih daripada satu bahasa dalam profil anda, anda akan melihat setiap kandungan untuk semua bahasa yang telah anda pilih, dengan penambahan bendera negara, apabila anda memasukkan bahagian umum. Sekiranya anda memilih hanya satu bahasa, anda hanya akan melihat kandungan untuk bahasa itu sahaja.

      Contoh:
      Jika anda memilih English UK sebagai interface language dan English UK serta French sebagai languages didalam profail anda:
      Anda akan lihat antara muka forum serta tajuk bahagian dan penerangan dalam bahasa Inggeris Apabila anda memasuki bahagian tertentu, anda akan melihat kandungan untuk komuniti UK dengan bendera Inggeris dan kandungan untuk komuniti FR dengan bendera FR
      Jika anda memilih English UK sebagai interface language dan English UK sebagai languages:
      Anda akan melihat antara muka forum serta tajuk seksyen dan penerangan dalam bahasa Inggeris dan hanya kandungan komuniti Inggeris tanpa sebarang bendera.


      Tetapan bahasa untuk profil anda dikekalkan.
      Berapa banyak Bahasa boleh saya lihat pada satu masa?
      Jika anda mahu, anda boleh memilih semua bahasa, tetapi berhati-hati untuk memilih bahasa yang betul dalam menu drop-down apabila anda menyiarkan thread baru.
      Mungkinkah antaramuka tersebut didalam Bahasa saya?[FONT=&quot][/FONT]
      [FONT=&quot]Antaramuka tersebut (butang, antaramuka profil, dll...)[/FONT] akan hanya disediakan dalam bahasa berikut pada permulaannya[FONT=&quot]: AE, AU, CL, COM, DE, ES, FR, IT, NL, PL, RU dan TR; [/FONT]Jika anda bersedia membantu kami menterjemah antara muka, sila hubungi Pengurus Komuniti komuniti anda.

      Bagaimana forum baru akan kelihatan?
      Pada permulaannya, kami akan menggunakan tetapan standard Burning Board dengan warna berbeza, dan kemudian kita akan menyesuaikan gaya ke halaman permulaan baru yang akan datang.